“Mentaliti Kelas Ketiga”, Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Dengan Lampin Terpakai Dan Najis

Kehidupan

“Mentaliti Kelas Ketiga”, Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Dengan Lampin Terpakai Dan Najis

Baru seminggu yang lalu, kita mendengar tentang berita kerosakan yang berlaku di Taman Tasik Titiwangsa. Taman rekreasi yang baru sahaja dibuka itu menerima tamparan hebat apabila dirosakkan oleh masyarakat Malaysia sendiri.

Baca: Baru Lima Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Sudah Dirosakkan

Advertisement

Yang terbaru pula, Taman Tasik Titiwangsa dicemari dengan lampin terpakai yang dibuang di merata tempat!

Makluman yang dikongsikan oleh Informasi Wilayah ini menunjukkan keadaan di sana yang dicemari dengan lampin kanak-kanak yang sudah terpakai. Semuanya dibuang di merata tempat seolah-olah tidak ada tong sampah yang disediakan.

Yang lebih teruk lagi, terdapat najis yang melekat pada papan gelongsor kanak-kanak yang ditinggalkan begitu saja! Najis yang tidak dibersihkan ini dibiarkan berada di situ oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Macam mana jika ada kanak-kanak yang bermain di situ dan tak perasan ada najis pada gelongsor? Memang menjijikkan!

najis pada gelongsor

Mentaliti kelas ketiga

Netizen juga meminta untuk pihak berkuasa memberikan tindakan yang lebih tegas untuk kes vandalisme seperti ini. Jika dibiarkan begitu saja, semakin menjadi-jadi nampaknya pencemaran yang akan dilakukan di sana.



Rakyat Malaysia sepatutnya menghargai kemudahan dan fasiliti yang telah diberikan kepada kita. Kalau setiap kali ada kemudahan baru macam ini dirosakkan, sampai bila-bila negara kita takkan maju dengan mentaliti macam ini.

Taman Tasik Titiwangsa baru sahaja dibuka selepas kerja-kerja pembaikan dilakukan sejak September tahun lalu. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Selepas Setahun Ditutup, Taman Tasik Titiwangsa Akan Dibuka Semula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...