Baru seminggu yang lalu, kita mendengar tentang berita kerosakan yang berlaku di Taman Tasik Titiwangsa. Taman rekreasi yang baru sahaja dibuka itu menerima tamparan hebat apabila dirosakkan oleh masyarakat Malaysia sendiri.
Baca: Baru Lima Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Sudah Dirosakkan
Yang terbaru pula, Taman Tasik Titiwangsa dicemari dengan lampin terpakai yang dibuang di merata tempat!
Mentaliti Kelas Ketiga : Ubah Sikap Anda
Beginilah keadaannya yang dapat dilihat di Taman Tasik Titiwangsa yang baharu sahaja lagi dibuka semula untuk kegunaan awam. Beginikah cerminan sikap masyarakat kita, dengan penjagaan kebersihan semasa menggunakan kemudahan awam di tahap pic.twitter.com/mi2hPXmebt
— INFORMASI WILAYAH (@kw_seriwilayah) December 22, 2019
Makluman yang dikongsikan oleh Informasi Wilayah ini menunjukkan keadaan di sana yang dicemari dengan lampin kanak-kanak yang sudah terpakai. Semuanya dibuang di merata tempat seolah-olah tidak ada tong sampah yang disediakan.
paling minimal, dengan lampin pakai buang yang dicampak merata-rata. Walhal, tong sampah telah disediakan di setiap sudut di taman awam tersebut untuk kemudahan orang ramai menjaga kebersihan. Tetapi beginikah rakyat Malaysia, hanya mampu berada di tahap minda kelas ketiga? ? pic.twitter.com/bMDgQKLmna
— INFORMASI WILAYAH (@kw_seriwilayah) December 22, 2019
Mentaliti kelas ketiga
Netizen juga meminta untuk pihak berkuasa memberikan tindakan yang lebih tegas untuk kes vandalisme seperti ini. Jika dibiarkan begitu saja, semakin menjadi-jadi nampaknya pencemaran yang akan dilakukan di sana.
Bila pihak berkuasa tak sediakan kemudahan korang kecam bising2 komplen sana sini, tapi bila dah diberi fasiliti/kemudahan korang tak reti jaga!
Apaan sih kamu?
— Arep (@mistaaimanvevo) December 22, 2019
Saya cadangkan letak pengawal dengan pedang samurai.
Nampak pelaku kesalahan ni tak payah saman² dah kasi potong je tangan mereka on the spot.
Lepas sejam dua ramai lah yang insaf tu
— ???? ???? (@mazlan_ramly) December 22, 2019
Bersiar-siar dgn family = reti
Membesarkan anak = reti
Salin pampers anak = reti
Membuang pampers dalam tong sampah = TAK RETIIIII
— wydood (@_s0hcaht0a) December 23, 2019
Rakyat Malaysia sepatutnya menghargai kemudahan dan fasiliti yang telah diberikan kepada kita. Kalau setiap kali ada kemudahan baru macam ini dirosakkan, sampai bila-bila negara kita takkan maju dengan mentaliti macam ini.
Taman Tasik Titiwangsa baru sahaja dibuka selepas kerja-kerja pembaikan dilakukan sejak September tahun lalu. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Selepas Setahun Ditutup, Taman Tasik Titiwangsa Akan Dibuka Semula