Ibu kepada pelakon popular, Anna Jobling iaitu Ariz Arop mengakui sudah hilang sabar dengan sikap anak perempuannya itu dan mendedahkan pernah terima injuksi pada Disember tahun lalu apabila dia hanya dibenarkan jumpa anak dalam jarak 100 meter.
Hilang sabar dengan Anna!
Menurut Ariz, menerusi perbincangan antara peguamnya serta peguam Anna, injuksi tersebut sudah pun terbatal namun terikat dengan beberapa perintah.
Dalam pada itu, Ariz berkata dia tiada niat untuk membuka cerita tentang Anna tetapi sudah tidak dapat menahan sabar.
Anna dakwa mental terseksa, larang ikut campur urusan kerja
Sebelum ini dia hantar injuksi sebab dia tak tahan kena pukul. Katanya mental terseksa. Saya hanya mahu mengajar anak. Tapi dalam injuksi kononnya kena mental torture.
Katanya lagi, dia sudah tidak dibenarkan untuk mencampur urusan kerja Anna termasuk memilih tawaran kerjanya.
Saya kalau boleh nak tutup cerita anak sendiri tetapi kejadian semalam (Ahad) betapa dia bongkak. Kita bergaduh dalam kereta saja tidaklah sampai bertarik rambut.