Status di Instagram Story bekas isteri pertama usahawan, Datuk Red iaitu Syarifah Norshafila telah menarik perhatian ramai selepas dia kelihatan seperti meluahkan perasaan.
Dalam status IG Story tersebut, Syarifah berdoa agar dirinya tidak lagi mencintai manusia dan berharap agar pintu hatinya terkunci hingga ada orang tepat yang muncul dalam hidupnya.
Difahamkan sebelum ini, wanita tersebut dilihat seakan-akan terluka dan mengakui dalam fasa ‘mental breakdown’ dipercayai disebabkan hubungan perkahwinannya dengan Datuk Red yang terlerai selepas 19 tahun hidup bersama.
Bahkan, Syarifah memohon agar orang ramai memberinya ruang dan kembali kuat untuk hadapi ujian daripada Ilahi.