Pelakon Yatt Hamzah berdepan detik cemas selepas anak ketiganya, Suci Hayfa Medina mengalami kecederaan di bahagian dahi sewaktu sedang bermain di kediamannya.
Menerusi hantaran Instagram miliknya, Yatt memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan kecederaan yang dialami oleh anak perempuannya itu. Menurut pelakon tersebut, kejadian berkenaan berlaku semasa dia sedang bersiap sedia untuk makan malam.
Yatt atau nama sebenar Haryati Hamzah berkata beginilah gelagat anak-anaknya terutamanya Medina yang merupakan anak ketiga dari lima beradik. Dia akui anak-anaknya memang sedang ‘buas’ dan ada sahaja aktivitinya yang hendak dilakukan oleh mereka.
Baru nak makan malam, terus terbantut bila Iqlima (anak keduanya) menjerit kuat menangis-nangis, beritahu adiknya, Medina jatuh dan berdarah dengan banyak di dahi.
Pelakon drama Dunia Baru itu turut memohon doa daripada pengikutnya dalam Instagram supaya anaknya segera sembuh. Yatt berkata anak-anaknya kuat dan akan segera pulih seperti biasa.
Kejadian yang dikongsikan Yatt itu turut mendapat perhatian dalam kalangan rakan-rakan artis seperti Heliza Helmi, Almy Nadia dan Ahmad Fedtri Yahya apabila turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.
Allahuakbar anak. Cepat sihat ya. Anak-anak nak membesar beginilah bonda
Yatt, 40, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dikurniakan empat cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, Suci Hawa Zulaikha, 1 dan Sayf Mohammed Zubayr yang kini berusia empat bulan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.