Menjanda Itu Satu Rahmat Buat Saya – A. Aida

Hiburan

Menjanda Itu Satu Rahmat Buat Saya – A. Aida

Satu ketika dahulu, status janda memang amat ditakuti oleh semua wanita. Iyerlah, mana ada isteri yang mahu diceraikan oleh suaminya. Nanti tiada tempat untuk bergantung pula. Malah dipandang negatif pula oleh masyarakat. Namun di zaman yang semakin moden ini, dengan wanita lebih bebas bekerjaya dan mempunyai kariernya sendiri, status janda bukanlah lagi satu perkara yang memberi trauma kepada wanita. Memang tiada wanita yang mahu melihat perkahwinan mereka hancur, namun walaupun sudah bercerai, ramai yang telah membuktikan mereka mampu berjaya tanpa seorang suami di sisi.

a aida

Advertisement

Salah seorang janda yang menunjukkan contoh yang baik dari segi kejayaan hidup ialah penerbit drama A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang. Berusia 44 tahun, A Aida pernah berkahwin dengan Ameng Spring, sebelum berkahwin dengan seorang anggota polis yang tidak diketahui identitinya sebelum berkahwin buat kali ketiga dengan Deputi Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman. Perkahwinan kali ketiganya itu juga berakhir dengan penceraian. Kini A. Aida selesa hidup menjanda tanpa kehadiran lelaki bergelar suami dalam hidupnya. Kata A. Aida:-

Saya tidak pernah merasa gembira dan bahagia sebegini. Tidak terikat dan bebas untuk melakukan apa saja yang saya inginkan tanpa menurut arahan sesiapa. Boleh dikatakan menjanda ini satu rahmat buat diri saya kerana ia membuka mata saya betapa indahnya hidup ini. Kalau boleh tidak perlu wujudnya orang ketiga yang mengganggu kehidupan saya dan anak-anak.

Kes nafkah dulu pun kiranya sudah selesai namun bukanlah seperti yang dijanjikan. Tahun ini adalah tahun kedua saya beraya tanpa suami tetapi Alhamdulillah hidup saya disinari dengan kehadiran anak-anak dan keluarga saya.

a aida

Secara jujur, kekuatan seorang wanita itu diuji apabila perkahwinannya gagal. A. Aida adalah seorang wanita yang tabah dan gagah kerana berjaya bangkit walaupun perkahwinannya telah tewas 3 kali. Dengan kehadiran anak-anak di sisi, sudah tentu A. Aida tidak merasa sunyi dan belum memerlukan kehadiran seorang lelaki di sisinya. Sekiranya A. Aida berkahwin buat kali keempat, Abang Nara doakan agar itu adalah perkahwinan terakhir buat dirinya. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...