Menjamu Selera Di Luar: Selamat Ke? Logo Ini Paling Penting.

Hiburan

Menjamu Selera Di Luar: Selamat Ke? Logo Ini Paling Penting.

Tidak dapat kami nafikan bahawa, persepsi makan di rumah adalah jauh lebih selamat dari segi kebersihan, dan juga kandungan nutrisi. Tetapi, kadang-kadang leceh juga kalau nak memasak di rumah, kena cuci, kena siapkan bahan-bahan masakan dan memacam lagi.

hanis

Sampai ke GoldCoast pun dia masak!

Nak tambah lagi kecoh, kalau ada anak-anak di rumah, memang payah sangat nak “cook in peace”. Kami terserempak dengan laman sosial Hanis Zalikha, jadi kami ingin mengambil kesempatan untuk ceritakan sikit tentang BeSS.

Advertisement

 

Makanan yang dimasak sendiri adalah yang terbaik, tapi sekali sekala menjamu selera di luar adalah kemestian yang dapat memupuk keintiman keluarga. Bila “makan kat luar” kriteria paling penting bagi saya ialah tempat makan yang bukan saja sedap tapi wajib BERSIH. Apatah lagi ada anak kecil yang dibawa bersama, makanan yang dihidang sikit sebanyak pasti akan dirasa juga olehnya. Perut si kecil tak sekuat kita maka saya takkan kompromi faktor kebersihan & keselamatan untuk elak perkara tak diingini seperti keracunan makanan menimpa. Jangan tak tahu, ada cara mudah (tak perlu jenguk dapur restoran atau toilet dulu sebelum order lol) kalau nak tahu sesebuah premis makanan itu benar-benar menyajikan makanan yang bukan saja bersih malah tak perlu diragui ianya dalam kategori sihat & selamat. Caranya ialah memilih premis yang mempamerkan logo BeSS (Bersih, Sihat, Selamat) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk dapat sijil & pelekat BeSS kena lalui pemantauan yang ketat – selain kebersihan dipastikan terjamin, jumlah kalori dalam hidangan yang disajikan kepada pelanggan pun KKM akan ambil kira. Kalau melebihi 600 kalori, pengusaha makanan akan diberi khidmat nasihat macam mana nak kurangkannya. Ya.. sampai macam itu sekali jadi logo BeSS ni amat besar maknanya untuk kita gunapakai dalam memilih premis makanan! . Bagi para peniaga & pengusaha makanan pula, rugilah kalau anda masih tak ada pelekat BeSS yang dapat bantu pertingkatkan kepercayaan pengguna untuk memilih makanan awak ni. Rugi sangat-sangat sebab dahlah kakitangan KKM sanggup turun padang untuk bantu anda pastikan hidangan yang sampai kepada pelanggan dalam keadaan Bersih, Sihat & Selamat… ianya diberi secara PERCUMA sahaja. Dah tau ni cepat-cepatlah apply, caranya hubungi je Jabatan Kesihatan Negeri berhampiran atau Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM melalui laman web atau Facebook mereka: BKKMHQ. #BKKMnakpesan #adaBeSSbarubest

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) ini adalah satu inisiatif dari Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua pengusaha premis makanan.

Be_SS

Tak kiralah pengusaha gerai ke, foodtruck ke, restoran 5 bintang ke, kalau diorang ada logo BeSS ini, bermakna makanan yang disediakan untuk pelanggan adalah selamat dan sihat. Kita selaku pengunjung restoran tersebut tak perlu ragu-ragu nak menjamah makanan di premis yang ada BeSS. Insya Allah perut tak akan meragam. #BKKMnakpesan #adaBeSSbarubest

FA-_Be_SS-_Online-_Poster-1

Bab pemakanan sihat pulak, untuk mendapatkan pengiktirafan BeSS ini, premis kena labelkan kalori pada setiap makanan dan promosikan saiz hidangan yang sihat. Memang sesuai sangat untuk mereka yang sedang berdiet dan menjaga pemakanan.

Masuk je kedai ada logo BeSS dah boleh kira jumlah kalori siap-siap. Air kosong pun wajib dijual. Dan banyak lagi bab-bab kesihatan yang perlu dipatuhi oleh pengusaha premis makanan yang nak dapatkan pengiktirafan BeSS ini. Untuk kita selaku pengguna, memang untunglah sebab semua informasi ada depan mata. Senang sikit nak pantau pemakanan kita.

Kalau kedai atau restoran yang anda kunjungi mempunyai lambang BeSS, anda tak perlu risau, memang selamat. Ingin maklumat yang lebih mengenai BeSS? Kunjungi laman FB rasmi mereka di sini .Selamat menjamu selera!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...