Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ambil Keputusan Untuk Teruskan Rawatan Psikologi, Pelakon Fadlan Hazim Akui Trauma Dengan Kisah Silam

Mengakui dirinya mempunyai masalah emosi dan mental, pelakon Fazlan Hazim dilaporkan telah mendapatkan rawatan psikologi gara-gara trauma dengan peristiwa silam yang pernah dihadapinya dulu.

Dia yang mengambil keputusan untuk meneruskan rawatan pakar psikologi setelah berhenti menjalani prosedur perubatan tersebut sejak tahun 2017 yang lalu.

Advertisement
View this post on Instagram

Lama tak pekena roti canai kuah dhal pekat ni, lepas habis layan leg day boleh la kot? @anytimefitness.setiawangsa

A post shared by ?????? ????? (@fadlanhazim) on

“Saya baru saja pergi berjumpa pakar selepas kali terakhir berbuat demikian pada 2017. Ini disebabkan saya kembali berdepan gangguan mental sehingga buat diri saya ‘down’.”

Pelakon ini turut memberitahu bahawa dia sudah lama berdepan dengan masalah ini, cuma sebelum ini dia tidak mahu terlalu memikirkannya. Namun, dia ternyata silap kerana masalah psikologi ini memerlukan rawatan yang berterusan.

Advertisement

 Pernah membintangi drama Manuskrip Cinta dan filem Jibam The Movie, Fadlan mengakui dia sangat tersentuh apabila ramai peminat telah menghubunginya dan berkongsi pengalaman peribadi mereka dalam menghadapi ujian ini.

“Sebelum ini saya banyak berdiam diri kerana tidak mahu nampak lemah. Disebabkan itu saya cuba sibukkan diri dengan kerja misalnya namun gangguan emosi itu tetap datang pada masa tertentu. Apabila saya berkongsi mengenainya, ramai yang menghantar mesej secara peribadi menceritakan kisah mereka. Saya rupanya tidak keseorangan dan saya berharap mereka juga mendapatkan rawatan psikologi,”

Dia turut memberitahu akan terus memberi kesedaaran kepada orang ramai mengenai isu ini. Ini kerana mungkin ada di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai yang mempunyai masalah ini namun mereka tidak sedar, jadi masyarakat harus peka dan memberi sokongan sewajarnya kepada mereka yang memerlukan.

Mengimbas kembali, Fadlan sebelum ini ada mendedahkan dia pernah diperlakukan secara kasar dari segi penderaan emosi dan fizikal ketika zaman dia masih kecil. Namun begitu, meskipun ianya sudah lama berlalu, Fadlan mengakui insiden itu telah menyebabkan dia trauma sehingga ke hari ini.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama