Betul Ke Singapura Lagi Bagus Dari Malaysia? Ini Jawapan Buat Anda Terkejut

Trending

Betul Ke Singapura Lagi Bagus Dari Malaysia? Ini Jawapan Buat Anda Terkejut

Sebagai rakyat Malaysia pastinya kita tidak mahu dipandang serong oleh negara-negara lain khasnya negara jiran bukan? Kita patut sedar, mereka hanyalah ‘jealous’ dengan keupayaan yang Malaysia miliki.

Advertisement

Salah satu negara jiran yang sering “tidak berpuas hati” adalah Singapura. Kenapa kata begitu? Kerana mereka merasakan negara itu sudah cukup kaya dan mewah tapi pernahkah anda terfikir tentang rakyat mereka yang hidup susah dan miskin kerana kos sara hidup tinggi?

Kita juga sudah mengetahui, Singapura dahulunya sebahagia daripada Tanah Melayu kini Malaysia. Kerana sifat angkuh dan ‘gila’ kan kuasa, pemimpin no 1 Malaysia melepaskan Singapura sebagai satu negara asing.

Ini adalah beberapa fakta untuk anda fikirkan tentang kehebatan Malaysia:

1. Seni dan Budaya

Dunia seni di Malaysia sangat dikagumi ramai. Korang percaya atau tidak kita ada seorang artis dimana ranking dia lagi tinggi dari artis antarabangsa terutamanya di Amerika Syarikat.

Di peringkat antarabangsa, berebut-rebut syarikat rakaman di Amerika Syarikat mahukan Yuna sebagai salah satu penyanyi mereka, daripada Indiepop, Fader Record sampailah ke Verve Music Group. Yuna juga banyak bekerjasama dengan artis terkenal termasuklah Pharrel William dan Usher.

Mungkin yang buat negara jiran berbulu kejelesan bila Yuna buat cover lagu “I Miss You” dengan gitaris Incubus sendiri.

Tidak kurang juga beberapa artis yang terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Zee Avi dan beberapa lagi yang dikagumi oleh negara barat.

Bukan untuk mengungkit, tetapi kenapa orang di Singapura mencipta nama di Malaysia? Dimanakah keagungan nama artis Singapore itu sendiri? Contoh seperti hero dan heroin filem terkenal Aaron Aziz, Shah Iskandar, Hannah Delisha dan tidak kurang juga ramai penyanyi daripada Singadatang ke sini seperti Aliff Aziz, Aisyah Aziz dan ramai lagi.

Kalau nak cerita tentang kehebatan Malaysia ni mungkin dua atau tiga hari tidak akan habis. Seperti filem terkenal “Crazy Rich Asian” yang dibanggakan oleh orang Singapura, pelakon utama filem itu adalah orang Malaysia iaitu Henry Golding dan Michelle Yeoh.

Terbaru Henry Golding akan dipertimbang sebagai James Bond mengambil alih peranan pengintip debonair dari 007 Daniel Craig saat ini.

Lebih menarik,  parodi filem Marvel yang mendapat pujian daripada pengarah filem itu sendiri sudah cukup membanggakan. Bukan mereka tidak datang ke Malaysia, tetapi pengarah itu hanya datang di Singapura dan beberapa orang remaja Malaysia yang kreatif membuat parodi filem itu diundang khas ke Singapura untuk berjumpa dengan pengarah filem itu sendiri.

Bukan sebab Malaysia tengah ada rusuhan yerr…

2. Keindahan Panorama

Tidak disangkal lagi keindahan Malaysia terletak pada lokasinya yang strategik. Lokasi-lokasi pelancongan menarik seperti pulau-pulau, tempat bersejarah yang menjadikan Malaysia antara 10 negara yang paling kerap dikunjungi pelancong setiap tahun.

Seperti filem ‘Crazy Rich Asian’ juga menggunakan beberapa tempat untuk filemnya dan salah satu tempat di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur. Ia dijadikan kediaman mewah keluarga Nick Young dalam filem tersebut, di Singapura tidak ada rumah semewah itu ke?

Selain daripada itu, mereka juga melakukan pengambaran di Langkawi kerana masalah logistik dan kekangan masa, mereka perlu membuat Langkawi kelihatan seperti dua tempat yang berbeza untuk babak parti bujang Nick Young dan Araminta Lee.

3. Makanan yang pelbagai

Kepelbagaian kaum di Malaysia pula mewujudkan kepelbagaian jenis makanan yang unik dan menyelerakan. Selain Nasi Lemak yang juga merupakan makanan kebangsaan, Malaysia juga mempunyai ciri-ciri makanan gabungan beberapa kaum.

Bukan sahaja pelbagai makanan ada di negara kita tapi makanan kat atas lah yang selalu orang Singapura banggakan, padahal ini semua datang dari Malaysia dulu contohnya nasi lemak, satay dan cendol.

Jika nak dibanding dengan makanan di Singapura, lebih jelas dan terbukti makanan original adalah datangnya daripada Malaysia.

Perkara biasa jika makanan di Malaysia sama di Singapura kerana di Malaysia juga memiliki kaum Cina, India dan lain.

Mungkin bab makanan tidak perlu dibahaskan lagi. Tahap kesedapan makanan tersebut adalah daripada tangan si pembuat itu sendiri bukan negara.

4. Negara yang aman dan kos sara hidup sederhana

Walaupun Malaysia adalah negara yang membangun tetapi kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat tidak begitu membebankan. Normal lah kalau ada sesetengah rakyat miskin tegar tetapi masih boleh menampung kehidupan mereka.

Tak seperti Singapura, ia digelarkan bandar paling kaya dunia mungkin kerana keluasan negara yang kecil dan kemampatan penduduk yang rendah membuatkan negara mereka berkembang pesat.

Walaupun begitu, rakayat di Singapura mempunyai kehidupan yang penuh dengan tekanan. Walaupun sudah bekerja keras tetapi wang masih tidak mencukupi kerana kos rumah, kereta dan barangan keperluan terlalu tinggi.

5. Hab Inovasi

Ramai yang tahu aplikasi grab ini diasaskan di Malaysia tetapi disebabkan berada di Singapura ia boleh berjaya. Bagaimana pula dengan aplikasi Go-jek, yang digunakan di Singapura?

Ada juga penumpang Singapura yang tidak mahu bayar tambang dan memberi bermacam-macam helah. Betapa tiada adabnya sesetengah rakyat di sana.

6. Tahap pendidikan

Kita sudah mengetahui tentang tahap pendidikan negara Malaysia adalah terbaik di dunia. Contohnya,  STPM  diiktiraf banyak universiti di peringkat antarabangsa terutamanya di negara Komanwel, Amerika Syarikat dan Ireland.

Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM ini sama taraf dengan A level malah ia dipantau oleh wakil daripada taksiran Cambridge untuk kekalkan kualiti dan piawaian.

Jika di Singapura sudah bermula pelajaran pendidikan seksual, Malaysia juga belajar tentang hal itu dalam subjek biologi pada peringkat sekolah menengah. Mungkin pelajaran yang sama dan cara penyampaian yang berbeza membuatkan Singapura tidak tahu tentang pendidikan di Malaysia.

Tiada kata yang dapat diungkapkan tentang kehebatan Malaysia yang menjadikannya unik di mata dunia. Banyak sudah kejayaan yang kita kecapi tetapi ibarat resmi padi, makin berisi makin menunduk tidak perlu mendabik dada. Biarlah apa pun kritikan yang dilemparkan kepada kita oleh  negara jiran,  kita harus tetap bangga dilahirkan dan menetap di bumi yang cukup bertuah ini!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...