Menjadi Pelopor Industri Drone, Bagaimana DJI Menguasai 70% Pasaran Drone Di Dunia

Trending

Menjadi Pelopor Industri Drone, Bagaimana DJI Menguasai 70% Pasaran Drone Di Dunia

DJI satu nama yang tidak asing lagi kita dengar. Malah produk ini turut menjadi kegilaan di dunia termasuk di Malaysia hingga ada peminatnya yang tersendiri. Maka tidak hairanlah wujudnya produk ini sekaligus memberi satu impak besar terhadap peminat tegar teknologi.

Advertisement

DJI atau Da-Jiang Innovation Technology adalah idea yang dihasilkan seorang anak muda yang bernama Frank Wang berasal dari China. Ada kisahnya yang tersendiri bagaimana beliau berjaya menaikkan nama DJI sebagai salah satu produk terkemuka di dunia.

Siapa Frank Wang?

Beliau dilahirkan di Hangzou China pada tahun 1980. Merupakan seorang cikgu dan bapanya pula bekerja sebagai seorang jurutera. Frank mula meminati objek terbang sejak kecil lagi dan sering menghabiskan masanya membaca buku mengenai teknologi penerbangan.

Beliau bercita-cita sejak kecil lagi untuk mencipta sebuah objek terbang yang turut dilengkapi kamera dan mengikut pergerakan manusia. Menjangkau umur 16 tahun, beliau menerima hadiah permainan helikopter pertamanya yang boleh dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh.

Frank kemudiannya meneruskan pengajian di East China Normal University dalam bidang psikologi. Minatnya terhadap teknologi semakin lama semakin “menggila”. Beliau juga memasang angan-angan dan berkeinginan melanjutkan pengajiannya di salah satu universiti termuka Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, beliau bukanlah seorang yang cemerlang dari segi akademik dan dari keputusan peperiksaannya telah membantutkan hajat beliau. Namun perjalanannya tidak terhenti disitu, Frank diterima masuk ke Hong Kong University of Science & Technology pada tahun 2003.

Pada akhir tahun beliau di university tersebut, beliau berjaya mencipta sebuah helikopter terbang kawalan jauhnya yang pertama. Disebabkan bakatnya yang makin menonjol, pensyarahnya dalam bidang robotik Li Zexiang sudi menjadi mentornya untuk menghasilkan projek tahun akhir.

Dibawah bimbingan dan tunjuk ajar Prof. Li Zexiang, Frank akhirnya berjaya mencipta sebuah miniatur helikopter yang turut diiktiraf sebagai yang pertama di dunia berjaya terbang ke puncak gunung Everest. Sekaligus menjadi salah satu tunjang asas penubuhan syarikat DJI.

Da-Jiang Innovation Technology

Penciptaan DJI adalah hasil idea dari Frank Wang. Turut menyertai Frank di awal pembabitannya adalah Jinying Chen, Zhihui Lu, dan Chuqiang Chen. Diawal syarikat ini ditubuhkan, mereka hanya menjalankan operasi di sebuah apartment 3 bilik yang merupakan tempat penginapan mereka.

Ahli termuda mereka Zhihui Lu, menutup syarikat kecilnya dan berpindah Shenzen untuk menyertai DJI.

Di peringkat awal penghasilan DJI, mereka memulakan rakaman video mengenai helikopter yang dicipta dan memuatnaik video tersebut ke dalam internet. Produk ciptaan mereka ini awalnya cuma mampu dibeli oleh golongan tertentu seperti universiti dan syarikat-syarikat milik kerajaan kerana anggaran harga yang dijual sekitar $6000 dan kosnya menelan belanja $2000.

Di penghujung tahun 2006, secara puratanya mereka berjaya menjual produk DJI sebanyak 60 unit helikopter setiap bulan dan Lu, kawan kepada Frank telah melaburkan wang sebanyak $9000 dalam pembangunan produk ini. 2 tahun yang berikutnya, drone pertama DJI berjaya dihasilkan pada tahun 2008. 3 ahli kumpulan DJI terawal seperti Lu, Chujiang dan Jinying bertindak meninggalkan DJI dan membawa bersama teknologi penciptaan drone.

DJI Di Seluruh Dunia

Masuk tahun 2011, DJI semakin aggresif dan memperkenalkan teknologi terbaru mereka iaitu alat kawalan jauh yang berfungsi sebagai auto pilot. Kos pembuatan turut berjaya dikurangkan daripada $2000 sebuah kepada $400 sebuah sahaja.

Memperluaskan pasaran ke seluruh dunia, syarikat DJI North America ditubuhkan dengan kerjasama dari Colin Guinn. Dengan kerjasama itu, Colin memegang 48% pegangan saham manakala DJI memegang 52% saham. Setahun selepas itu, mereka telah mencipta sebuah pakej lengkap untuk seunit drone iaitu dari perisian, gimbal, alat kawalan jauh dan lain-lain.

Pada tahun 2013, produk Phantom pula diperkenalkan sekali gus melonjakkan lagi pendapatan DJI. Ketika Phantom mula memasuki pasaran, 30% pendapat DJI datangnya dari Amerika Syarikat, 30% dari Eropah, 30% dari Asia dan selebihnya dari Amerika Latin dan Afrika.

Selepas itu, DJI bertindak membeli kesemua pegangan saham milik Colin Guinn dan pendapatan DJI telahpun mencecah $130 juta!

Kini, aset DJI dianggarkan bernilai $10 billion dimana Frank memegang 45% pegangan saham dengan nilai sebanyak $4.5 billion. Kisah kejayaan disebalik jenama DJI ini adalah salah satu contoh bermula dari minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara berupaya untuk menjadi sesuatu yang berharga dan menghasilkan perniagaan yang menguntungkan.

Source : Yo! Success & WikiPedia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...