Seorang pelajar tadika di Taiwan mendapat perhatian ramai apabila memakai kostum seperti satu watak dalam filem animasi terkenal Spirited Away bernama ‘No Face’ dan membuat sekurang-kurangnya dua orang rakan setadika menangis ketakutan.

Kanak-kanak itu berpakaian sebegitu dalam satu majlis sambutan Halloween di tadikanya.
Dia sebenarnya membuat penghargaan kepada filem karya Hayao Miyazaki, keluaran Studio Ghibli itu yang pernah memenangi anugerah Academy pada tahun 2001 untuk Filem Animasi Terbaik.








Sebenarnya kostum kanak-kanak ini memang win, barulah Halloween. Apa barang jadi princess atau angel, kan?
Gambar-gambarnya kini tersebar di serata Internet dan boleh dikatakan dress-up beliau itu sangat berjaya. Hayao Miyazaki pasti teruja.-amazingnara.com