Menjadi “Instafemes” Kini Lebih Mudah Dengan Huawei Nova 4e

Hiburan

Menjadi “Instafemes” Kini Lebih Mudah Dengan Huawei Nova 4e

Menjadi seorang “Instafemes” adalah satu impian kebanyakan remaja Malaysia sekarang. Namun ia bukanlah satu perkara yang mudah. First thing first, perkara paling penting yang perlu dimiliki adalah sebuah smartphone yang bukan sahaja mampu mengambil gambar dengan sempurna sambil menyerlahkan gaya fashionista anda, malah mempunyai kesemua fungsi-fungsi terbaik sebuah smartphone tanpa mengosongkan akaun bank anda.

Advertisement

Jadi hari ini, Abang Nara ingin bercerita tentang Huawei Nova 4e yang mampu menjadikan anda seorang bintang di laman sosial. Dengan harga RM1,119, Nova 4e direka khas untuk mereka yang ingin kekal “up to date” dengan trend terkini, penuh warna-warni dan inginkan waktu penuh keseronokan di dalam hidup mereka.

1. Pilihan warna yang ‘awesome’

Hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Midnight Black, Pearl White and Peacock Blue, Abang Nara cadangkan anda memilih warna Peacock Blue kerana ia memang unik dan membuatkan anda lebih ‘bersinar-sinar’. Confirm OOTD anda selepas memiliki Nova 4e ini akan lebih memukau!!!

2. Skrin sebesar 6.5 inci

Hadir dengan paparan skrin DewDrop 6.5 inci, Huawei Nova 4e mempunyai takuk minima yang memberikan ratio screen-to-body sebanyak 84.1%. Dengan resolusi 2312×1080 pixel, Nova 4e dapat menikmati paparan skrin yang lebih jelas, luas dan bermutu tinggi. Ini akan memudahkan anda untuk meneliti kesemua gambar/video yang ingin dimuatnaik ke Instagram terlebih dahulu. Kot-kot ada tudung senget, jerawat baru timbul atau pun ada member ‘photobomb’ kat belakang. Confirm followers Instagram naik bertingkat-tingkat punya pasnie!!!

3. AI Video Ringtones

Satu perkara yang tiada pada smartphone lain adalah keupayaan “AI-Powered Entertaiment Lifestyles” oleh Huawei Nova 4e ini. Antara ciri baru yang sangat menarik ialah “AI Video Ringtones” yang memainkan paparan video apabila menerima panggilan telefon. Sila tengok contoh di bawah untuk lebih teruja.

Bolehlah lepas ini letak video kekasih hati tercinta sebagai AI Video Ringtones. Setiap kali dapat panggilan telefon, bolehlah mengubati kerinduan hati. Fungsi ini pasti akan membuatkan anda nampak lebih cool, moden dan sempoi di kalangan para pengikut Instagram anda. Mesti semua akan komen “ala sweetnya awak ngan boyfriend” dan “semoga till jannah sis”.

4. Pantas, memori banyak & bateri tahan lama

Salah satu syarat menjadi “Instafemes” ialah kita kena sentiasa bersedia untuk memuatnaik gambar dan video pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Jadi smartphone anda kena pantas, tahan lama dan mempunyai banyak memori untuk menyimpan segala gambar-gambar serta video-video. Kesemua ini sudah tersedia di dalam Huawei Nova 4e.

Huawei Nova 4e dijana dengan cip Kirin 710, memori 6GB RAM, storan 128GB dan bateri 3340 mAh untuk pengalaman “Entertaiment” yang pantas dan lancar. Sokongan GPU Turbo 2.0 turut tersedia untuk mereka yang gemar bermain games seperti PUBG dan Mobile Legends. Tak ada tersekat-sekat, boleh main berjam-jam dan paling best, tiada ‘overheat’ walaupun anda melakukan pelbagai aktiviti dengan Nova 4e.

Last but not least, perkara yang paling penting untuk menjadi seorang “Instafemes” tidak lain tidak bukan ialah gambar yang dimuatnaik ke media sosial kenalah tip-top, meletop dan awesome.

Dengan Huawei Nova 4e, anda akan dapat menangkap gambar yang sempurna dengan bantuan tri-kamera belakang yang mengabungkan lensa 24-megapixel utama, 8-megapixel rakaman sudut-lebar dan 2-megapixel untuk bokeh. Tidak dilupakan kamera ‘selfie’nya yang dijana dengan lensa 32-megapixel. Kesemua ini diperkasakan pula dengan AI Smart Camera Assistant yang memberikan pilihan terbaik untuk apa jua keadaan cahaya, warna dan suasana. Senang cakap, anda tekan je butang ambil gambar, semuanya dah tersedia untuk “the perfect shot”.

Sekali lagi diingatkan, kesemua fungsi-fungsi yang awesome dan powerful di dalam smartphone Huawei Nova 4e boleh menjadi milik anda dengan harga RM1,119 sahaja. Memang terlebih berbaloi, lebih-lebih lagi jika anda seorang remaja yang ingin menjadi ikon fashionista sekaligus seorang “Instafemes”. Bolehlah dah kumpul duit mulai sekarang. Nanti time raya bolehlah bergambar sakan dengan kamera hebat Nova 4e. Confirm pengikut Instagram anda akan naik berkali-kali ganda nanti. Maklumat lanjut layari https://consumer.huawei.com/my/phones/nova4e/

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...