“Menitik Air Mata Saya..” – Afdlin Shauki Dedah Punca Bercerai Dengan Bekas Isteri

Hiburan

“Menitik Air Mata Saya..” – Afdlin Shauki Dedah Punca Bercerai Dengan Bekas Isteri

Sebelum ini, pelakon, pengarah dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki dan bekas isteri, Datin Christina Orow Abdullah telah membuat keputusan untuk bercerai pada April lalu iaitu beberapa bulan sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25.

Terkini, Adflin memaklumkan bahawa hubungannya dengan bekas isteri masih dalam keadaan baik walaupun sudah berpisah sejak Ramadan lalu.

Advertisement

Menurut laporan Mstar, dia masih menganggap bekas isterinya sebagai seorang sahabat memandangkan mereka banyak bekerja bersama, terutama dalam bidang penulisan skrip.

Saya tak pernah tutup hati untuk kami kembali bersama namun saya serahkan semuanya kepada jodoh dan kuasa Allah.

Jelanya lagi, dia tidak pernah rasa kekok untu bekerjasama walaupun sudah bercerai malah mereka turut menyambut perayaan Hari Raya bersama meskipun sudah bercerai.

Kam masih berkawan, cuma bezanya sekarang tidak lagi tidur sekatil.

Dalam pada itu, Afdlin mendedahkan punca penceraiannya dengan bekas isteri tercetus apabila mucul perasaan ‘paranoid‘ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Saya banyak bekerja luar, keluarga pula takut dengan virus dan situasi pada waktu itu. Jadi, saya banyak kali tidak balik rumah.

Malah, anak-anak mereka iaitu Mia Sarah, Anais dan Ileana Matin juga memahami dengan keputusan yang diambil oleh kedua ibu bapanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"Tang Mana Fesyen Pun Tak Tahu" - Netizen Kecewa Tengok 'Design' Baju Tradisional Makin Mengarut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    August 23, 2022 at 9:37 am

    Semoga sentiasa istiqomah. Aamiin.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...