Baru-baru ini, seorang pelajar sekolah Tingakatan 3 didakwa tergamak menipu ibu sendiri yang berumur 58 tahun dengan meminta wang berjumlah RM25K.
Bersubahat dengan dua rakan
Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, remaja tersebut didakwa bersubahat dengan dua rakan berusia 17 dan 29 tahun bagi menipu mangsa. Mereka menipu mangsa dengan berkata remaja yang merupakan anaknya itu tela ditahan polis pada 27 November lalu.
Mereka kemudian memberitahu mangsa yang juga pembantu klinik perlu membayar sejumlah wang untuk membebaskan anaknya.
Mangsa itu kemudian mengeluarkan wang berjumlah RM25K dari Tabung Haji sebelum menyerahkan wang tersebut kepada rakan anaknya yang menyamar sebagai polis.
Mangsa sedar ditipu
Susulan itu, anak mangsa pulang ke rumah pada 30 November namun mangsa tergerak hati untuk semakan di Balai Polis Seremban melalui adik iparnya pada 1 Disember dan mendapati tiada sebarang tangkapan dibuat atas nama anaknya.
Polis pun telah membuat penahanan tiga suspek termasuk anaknya yang dipercayai bersubahat.
Ketiga-tiga suspek akan dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Jumaat
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.