Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Menipu Dalam Urusan Sijil Halal & KKM Untuk Produk Jamu, Isteri Juara Program Da’i Ditahan Polis

isteri juara program da'i ditahan polis

Seorang wanita berusia 40 tahun yang juga merupakan isteri kepada juara program Da’i ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati Kuala Lumpur semalam, selepas dipercayai menipu seorang pelanggan. Wanita itu ditahan berikutan laporan polis dibuat mangsa pada Oktober tahun lalu.

isteri juara program da'i ditahan polis

Advertisement

Sumber mengatakan mangsa pernah berurusan dengan wanita itu sejak tahun 2017 lagi untuk mendapatkan sijil Halal dan juga sijil KKM bagi produk jamu. Namun, sehingga hari ini tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai status pensijilan tersebut membuatkan mangsa merasa tertipu.

Mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.

isteri juara program da'i ditahan polis

Gambar sekadar hiasan

Mangsa sudah membayar kira-kira RM11,000 kepada wanita terbabit namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa merasa tertipu.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek.

Meskipun berita ini sudah tular, sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada wanita tersebut mahupun suaminya yang bergelar Da’i.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. Anonymous

    March 3, 2020 at 4:59 pm

    Si bogus covid 19. Syabas laki pandai cari bini penipu pembohong.
    Nanti keluar fatwa da’i menipu dan membohong membuang anak halal demi duit

  2. Anonymous

    March 3, 2020 at 2:38 pm

    Better urus sndri. Jgn harap nak senang je sbb scammer mcm bini Da’i ni akan sentiasa wujud utk merebut peluang menipu org.

  3. Aan

    March 3, 2020 at 2:18 pm

    Nie mesti AURA 19 kuikui,..

  4. Anonymous

    March 3, 2020 at 2:07 pm

    Boleh agak sape tp kasihan anak2 berderet masih kecil…

  5. Anonymous

    March 3, 2020 at 1:52 pm

    Kah kah kah kah

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top