March 3rd, 2020

Seorang wanita berusia 40 tahun yang juga merupakan isteri kepada juara program Da’i ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati Kuala Lumpur semalam, selepas dipercayai menipu seorang pelanggan. Wanita itu ditahan berikutan laporan polis dibuat mangsa pada Oktober tahun lalu.

isteri juara program da'i ditahan polis

Sumber mengatakan mangsa pernah berurusan dengan wanita itu sejak tahun 2017 lagi untuk mendapatkan sijil Halal dan juga sijil KKM bagi produk jamu. Namun, sehingga hari ini tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai status pensijilan tersebut membuatkan mangsa merasa tertipu.

Mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.

isteri juara program da'i ditahan polis

Gambar sekadar hiasan

Mangsa sudah membayar kira-kira RM11,000 kepada wanita terbabit namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa merasa tertipu.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek.

Meskipun berita ini sudah tular, sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada wanita tersebut mahupun suaminya yang bergelar Da’i.

Sumber Berita : Harian Metro


9 responses to “Menipu Dalam Urusan Sijil Halal & KKM Untuk Produk Jamu, Isteri Juara Program Da’i Ditahan Polis”

  1. korok says:

    ni mesti wanita Aura 18 & 19 tu kan…

  2. Anonymous says:

    Terus tukar status jd wanita lokap, bkn lg wanita kaabah

  3. Anonymous says:

    Trus tukar atatus jd wanita lokap , bkn wanita kaabah dah

  4. Aida Musa says:

    Hahaha bermalam di lokap laaaa

Leave a Reply to korok Cancel reply

Loading...