Baru-baru ini, The Star memaklumkan Malaysia telah menyaksikan peningkatan ketibaan pelancong dari negara China pada tahun 2024, di mana jumlah ketibaan cecah 1,449,711 setakat bulan Jun.
Difahamkan, peningkatan ini melonjak sebanyak 190.8% jika hendak dibandingkan pada tahun 2023, yang mencatat 498,540 ketibaan menurut laporan dari Tourism Malaysia.
Lonjakan jumlah pelancong ini sebahagian besarnya disebabkan oleh program melancong tanpa visa untuk rakyat China, yang telah berkuat kuasa dari 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2026.
Program ini bukan saja meningkatkan jumlah pelancong masuk ke Malaysia, malah turut merancakkan jumlah pertanyaan dan tempahan ke Malaysia dari negara Tembok Negara itu.
Untuk info ramai, langkah ini juga memberi impak yang positif buat industri pelancongan Malaysia.