Meninggal Ketika Mengaji Al-Quran, Pemergian Ica Satu Rahmat Bagi Keluarganya

Trending

Meninggal Ketika Mengaji Al-Quran, Pemergian Ica Satu Rahmat Bagi Keluarganya

Semua umat Islam di muka bumi mengimpikan husnul khatimah, iaitu pengakhiran yang baik pada penghujung kehidupan mereka.

Andai yakin dan selalu meminta tanpa jemu pada Allah untuk memiliki husnul khatimah itu, pasti Allah akan mengabulkan setiap doa kita.

Advertisement

Itulah yang terjadi pada seorang gadis dari Makasar, Sulawesi Selatan, Aisyah Bahar, gadis cantik serta pintar yang menghembuskan nafas terakhirnya ketika membaca al-Quran di pangkuan bapanya pada usia baru 22 tahun.

Selepas selesai solat subuh berjemaah di masjid di kampungnya di di Kabupaten Bone dekat Makasar, Sulawesi Selatan, Aisyah membaca al-Quran, meminta bapanya membetulkan jika salah.

Ketika membaca surah Al-Mutaffifin, dia memeluk bapa, meminta diajarkan dua kalimah syahadah.

“Tiba-tiba ia memeluk saya, minta dipandu membaca syahadah. Selepas itu dia meninggal dunia.”, kata bapanya Andi Bahar Jufri menceritakan detik anak kelimanya itu meninggal dunia 4 Januari lalu.

Menurut laporan portal Liputan6, Aisyah Bahar, gadis cantik dan rajin melakukan ibadat adalah lulusan Universiti Hasanuddin dan bakal memulakan pekerjaan dengan pasukan makmal penternakan di universiti berkenaan.

Menurut bapanya, pada malam menjelang kematiannya, Asiyah yang dipanggil Ica, bangun menunaikan solat malam dan bersahur kerana akan berpuasa sunat keesokannya.

“Itu rutin biasa Ica, berpuasa Isnin dan Khamis. Ketika itu kami lihat keadaannya baik saja, tiada yang janggal.” katanya.

Ica, lulusan terbaik Fakulti Ternakan itu kemudian ke masjid untuk solat subuh berjemaah dan selepas itu meminta bapanya menemaninya membaca al-Quran, membetulkan bacaannya jik salah.

“Tidak pernah dia meminta ditemani seperti itu.”, kata bapanya.

Menurut Andi Bahar, sebelum ini Ica mengadu sering sakit kepala namun pemeriksaan doktor tidak menemukan sebarang masalah.

Aisyah dikebumikan di tanah perkuburan Lembaga Dakwah Islam Indonesia (LDII) Moncongloe, Maros, Sulawesi Selatan, tidak jauh dari rumah keluarganya.

Aisyah bersama keluarganya

Menurut Andi Bahar yang mempunyai lapan anak, dua abang Aisyah, Andi Ibrahim dan Andi Astri, yang terlebih dahulu dijemput Ilahi juga meninggal dunia ketika bersolat, beberapa tahun lalu.

Menurutnya, Andi Ibrahim yang hafaz al-Quran, meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika bersolat sunat Tasbih pada Ramadan 2009.

Anak keduanya, Andi Astri, meninggal dunia selepas selesai membaca tahiyat akhir ketika sedang bersolat malam di Pondok Gede, Jakarta, pada 2011.

Andi Bahar berkata, dia reda menerima ketentuan Allah dan amat bahagia kerana anak-anaknya meninggal dunia ketika sedang beribadat kepada Tuhan.

Sungguh kematian mereka berakhir dengan husnul khatimah.Cemburunya melihat pengakhiran sebegini.Semoga Allah mengabulkan doa kita supaya hidup kita berakhir dengan husnul khatimah,iaitu seabik-baik pengakhiran.InsyaAllah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...