Meninggal Dunia Selepas 18 Jam Melangsungkan Perkahwinan Di Hospital

Trending

Meninggal Dunia Selepas 18 Jam Melangsungkan Perkahwinan Di Hospital

David Mosher, 35, dan Heather Lindsay, 31, melangsungkan perkahwinan di sebuah hospital tempatan, sebelum 18 jam selepas itu Lindsay meninggal dunia kerana menderita penyakit kanser payudara.

Advertisement

Mosher memberitahu InsideEdition.com, “Secara jujur saya merasakan ianya seperti majlis pengebumian berbanding majlis perkahwinan. Dan ini adalah saat yang paling sukar di dalam hidup saya.”

Pada mulanya, Mosher merancang untuk melamar Lindsay pada 23 Disember, 2016 setelah bersama selama lebih dari 2 tahun.

Pada mulanya Lindsay dan Mosher merasakan kanser dihidapi sudah terkawal, akan tetapi pada September 2017, doktor memberitahu bahawa kanser telah merebak hingga ke otak dan paru-paru. Kedua-duanya sangat terkejut akan berita tersebut.

Merasa akan situasi begini, pasangan ini telah mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan pada 30 Disember lepas. Namun doktor menyatakan Lindsay berkemungkinan besar tidak dapat bertahan sehingga tarikh tersebut.

Jadi pada 22 Disember 2017, Lindsay yang mengenakan baju pengantin dan terbaring di katil hospital, telah dibawa oleh jururawat dengan menggunakan kerusi roda ke gereja kecil hospital dan melangsungkan perkahwinan.

18 jam selepas melangsungkan perkahwinan, Lindsay disahkan meninggal dunia.

Majlis pengebumiannya telah berlangsung pada hari Sabtu, 30 haribulan, yang merupakan tarikh asal sepatutnya mereka melangsungkan perkahwinan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...