Menikmati Kelazatan Menu Baru TGI Fridays

Hiburan

Menikmati Kelazatan Menu Baru TGI Fridays

Beberapa hari lalu, Abang Nara telah menghadirkan diri ke TGI Fridays di The Curve untuk satu sesi makan-makan. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Abang Nara memang suka mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi di TGI Fridays yang merupakan feveret Abang Nara sekeluarga. Selalu kalau hujung minggu lepas penat jalan-jalan di The Curve memang kami akan lepak di TGI Fridays sambil menikmati makanannya yang lazat.

tgi friday

Advertisement

Amboi hensem betul diri ini. Baru-baru ini TGI Fridays di The Curve ini tutup sebulan untuk renovation. Abang Nara ingatkan diorang buat apa. Rupa-rupanya memang terus tukar 100% bahagian dalamannya. Terkejut Abang Nara masa mula-mula masuk. Cantik sangat-sangat. Terasa lebih selesa, tenang dan sangat sesuai untuk jadi tempat berkumpul sambil berborak dengan kawan-kawan. Thumbs up untuk perubahan yang amat positif ini.

tgi friday

Ok cerita banyak tak guna. Kehadiran Abang Nara dan beberapa lagi orang blogger ke TGI Fridays The Curve kali ini adalah untuk mencuba sendiri 2 menu terbaru restoran yang telah 20 tahun lebih bertapak di Malaysia ini. Menu itu ialah beef bacon crusted ribs dan juga Texas spiced ribs. Dengar je dah terliur kan? Nah Abang Nara kongsikan gambarnya untuk buat korang rasa terliur lagi.

tgi friday

Ini ialah beef bacon crusted ribs. Tengok pun dah tahu betapa sedapnya menu terbaru TGI Fridays ini. Didatangkan dengan sos BBQ, bila Abang Nara memasukkan daging ini ke dalam mulut, memang terasa kerangupannya. Nampak macam pedas sangat sebab ada merah-merah kat atas daging tue kan? Sebenarnya rasa pedas memang cukup-cukup. Abang Nara boleh habiskan 4 beef bacon ini dalam sekelip mata sahaja. Yummy.

tgi friday

Yeah~~~ Buat penggemar daging kambing, Texas spiced ribs didatangkan dengan pilihan daging kambing selain daripada bee. Lembut sangat-sangat daging ini dimasak. Tak rasa kenyal langsung. Bahagian daging pun adalah bahagian yang terbaik iaitu ribs. Sekali gigit, memang tak boleh berhenti. Confirm akan terus gigit sampai habis. Lazat!!! Secara jujur, Abang Nara prefer yang ini berbanding beef bacon sebab diri ini penggemar daging kambing.
tgi fridayNampak ceria kan muka? Hehehe. Sebenarnya dalam hati dah tak sabar nak makan kedua-dua menu TGI Fridays ini. Aksi selepas gambar ini diambil terlalu rakus untuk dirakamkan. Ikhlas Abang Nara katakan, beef bacon crusted ribs dan Texas Spiced Ribs ini akan menjadi menu pilihan pengunjung TGIF selepas ini. Rasanya memang kena dengan tekak rakyat Malaysia. Sekali cuba, pasti nak lagi.
tgi fridayInilah muka-muka puas hati dapat mencuba menu terbaru TGI Fridays. Nasihat Abang Nara, silalah bersegera ke outlet berhampiran anda. Menu ini adalah menu promosi dan hanya ditawarkan selagi stok masih ada. Jangan menyesal kalau tak sempat cuba. Layari Facebook TGI Fridays atau www.fridays.com.my untuk maklumat lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...