July 15th, 2020

Penyanyi Nourul Depp baru-baru ini telah tampil mengulas serba sedikit mengenai isu penceraian di antara Sharifah Sakinah dan bekas suaminya, Aliff Adha yang terjadi baru-baru ini.

Dia yang mengakui terkejut melihat reaksi netizen terhadap isu terbabit menganggap individu yang bertindak melampau memberi sebarang komen sebenarnya tidak pernah merasai fasa penceraian, jadi mereka lebih senang untuk memerli dan memberi komen yang bersifat menjatuhkan.

Nourul mencurahkan perasaan terkilan itu menerusi platform instagram peribadi miliknya.

“Kami jadi terkejut dan takut. Seram pun ada. Orang yang tak pernah rasa fasa perpisahan dan penceraian akan sentiasa memerli. Akan sentiasa mengata-ngata dan sentiasa mengutuk. Ingatlah, kita semua manusia, hidup ada putarannya,”

View this post on Instagram

Bila hitam putih itu adalah satu warna yin & yang Takdak dia ni, rasa tak lengkap. Sejenis teman bicara, sejenis sahabat, sejenis tempat segalanya. Sejenis suami yang kami doakan masa kami single . Yang single, doa kuat2. Imagine rupa dan sikap macam mana lelaki dan pemimpin yang dimahukan. Boleh aih. Asalkan ada niat yang sangat baik. Mintak. Yang kat Atas tu dengaq ja. InsyaAllah ?? kami doakan hangpa . Keluaq sat. (Lama dah keluaq?) sapa masih pi dating dengan husband? Atau sapa nak pi dating dengan husband? Sila tag pasangan masing2! Habaq kt depa. Spend masa sat! Ini salah satu cara bersama perbaiki komunikasi. Tips untuk pasangan dan suami isteri. #deppfamily #thedepps #yestowellnessteam #yestowellness #wegrowpeople #weempowerpeople #yestowellnesscouple #ladydepp

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Dia juga sempat mengintipkan pesanan kepada masyarakat di luar sana supaya menjaga hal sendiri daripada sibuk mengambil tahu kehidupan orang lain.

Turut memesan kepada mereka di luar sana supaya menjauhi sikap syak wasangka kerana ianya boleh membawa kepada fitnah, Nourul berharap orang ramai di luar sana supaya memperbaiki diri sendiri dan menjauhi budaya kecam mengecam di laman sosial.

View this post on Instagram

Just ?? . #deppfamily #thedepps #littledepp #littledeppinasia

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

 Nourul yang kini bahagia bersama suaminya Eric Daniel Depp dan tiga orang anak mereka, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Ajai pada Disember 1996 namun berpisan pada Februari tahun 2007 yang lalu.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...