Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Pemain Kacukan Jepun-Brazil, Bruno Suzuki Kini Peluk Islam

Kehidupan

Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Pemain Kacukan Jepun-Brazil, Bruno Suzuki Kini Peluk Islam

Penyerang import Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) iaitu Bruno Suzuki disahkan sudah pun memeluk agama Islam di Masjid Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, semalam.

Berita gembira tersebut dikongsikan di laman Facebook PDRM FC, di mana dalam page tersebut memberitahu pemain kacukan Jepun-Brazil itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Arif M. Rajoli.

Advertisement

pemain bola sepak

Bahkan momen indah itu turut dikongsikan oleh Komandan PULAPOL, Kuala Lumpur SAC Noor Hisham Nordin, Timbalan Komandan PULAPOL, Kuala Lumpur Supt. Razali Mohamed Shahid, barisan pengurusan, jurulatih serta rakan pasukannya.

Mereka juga meluahkan rasa syukur kerana sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT untuk menggerakkan hati seseorang bagi mendalami serta memeluk agama Islam.

Sekadar info, Suzuki difahamkan mula memasuki Liga Malaysia pada tahun 2017 dan pernah juga berada di Negeri Sembilan FC, Terengganu FC dan Terengganu FCII.

Aisar Khaled peluk Fify Azmi
2 years ago

"Konon Ajak Orang Peluk Islam.." - Netizen Selar Aksi Aisar Khaled Peluk Fify Azmi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...