Penyerang import Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) iaitu Bruno Suzuki disahkan sudah pun memeluk agama Islam di Masjid Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, semalam.
Berita gembira tersebut dikongsikan di laman Facebook PDRM FC, di mana dalam page tersebut memberitahu pemain kacukan Jepun-Brazil itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Arif M. Rajoli.
Bahkan momen indah itu turut dikongsikan oleh Komandan PULAPOL, Kuala Lumpur SAC Noor Hisham Nordin, Timbalan Komandan PULAPOL, Kuala Lumpur Supt. Razali Mohamed Shahid, barisan pengurusan, jurulatih serta rakan pasukannya.
Mereka juga meluahkan rasa syukur kerana sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT untuk menggerakkan hati seseorang bagi mendalami serta memeluk agama Islam.
Sekadar info, Suzuki difahamkan mula memasuki Liga Malaysia pada tahun 2017 dan pernah juga berada di Negeri Sembilan FC, Terengganu FC dan Terengganu FCII.