Mengigil Sebelum Koma, Juara Tinju Maut Digigit Lipan Raksasa

Trending

Mengigil Sebelum Koma, Juara Tinju Maut Digigit Lipan Raksasa

Dipercayai digigit seekor lipan gergasi, bekas juara tinju Thailand, Dokmaipa Por Pongsawang, kini dilaporkan maut.

Menurut anak perempuannya Jiraporn Moonkaset, ayahnya digigit haiwan tersebut pada kaki kiri.

Advertisement

Selepas terkena gigitan itu, mendiang difahamkan tidak mendapatkan rawatan perubatan lalu menyebabkan keadaan menjadi semakin parah sehingga beliau menggigil sebelum koma.

Dedahnya lagi, bapanya sebelum ini turut menghidap penyakit diabetes yang menjadi penyumbang kepada komplikasi tersebut.

Dalam pada itu, Pramuan Thaingamsilp selaku Pengarah Hospital Kalasin berkata, mendiang meninggal kerana jangkitan darah yang teruk.

Advertisement

Sekadar informasi, Dokmaipa pernah memenangi kejuaraan dan mendapat jolokan ‘Powerful Southpaw’.

Beliau juga telah menjadi petinju Muay Thai ketika berusia sembilan tahun. Bagaimanapun beliau mengambil keputusan untuk bersara pada tahun 1996 dan menjadi jurulatih di Macau.

Sumber: Astro Awani 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...