“Mengigil Depan Sophia? PA Bella Astillah Dedah Sebab Sebenar – “Kepada ‘Berkenaan’ Jangan Buat Innocent”

Hiburan

“Mengigil Depan Sophia? PA Bella Astillah Dedah Sebab Sebenar – “Kepada ‘Berkenaan’ Jangan Buat Innocent”

Pembantu peribadi kepada Bella Astillah, Niel Rafeq, tampil bersuara mengenai momen janggal di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) yang mempertemukan Bella dan pelakon Sophia Albarakbah.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Niel memberikan bayangan bahawa kejadian tersebut bukan berpunca daripada sikap dingin Bella seperti didakwa sesetengah pihak, tetapi sebaliknya disebabkan oleh luka lama yang masih belum sembuh antara kedua-dua selebriti itu.

Advertisement

Menurut Niel, tindakan Bella yang kelihatan gugup dan tidak selesa sewaktu menyampaikan anugerah adalah disebabkan kesan trauma terhadap individu yang pernah menyakitinya.

Kawan yang terdekat je tahu apa dia ni buat kat hidup Bella dulu dan itu bukan cara Bella menyampaikan anugerah tapi tadi jadi macam tu mungkin pada orang yang dah memberi trauma pada hidup dia. Dia gigil sebab dia trauma.

Tambahnya lagi, hanya Bella mengetahui kesan sebenar daripada insiden lalu dan memilih untuk menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

Dia je pernah nampak apa yang orang tak tahu sehingga harini. Sebab Bella selalu pesan pada kami yang penting Allah tahu. Dia selalu percaya Allah akan sayang dan beri yang terbaik buat orang yang sabar.

Niel juga dilihat menyelar tindakan individu tertentu yang bersikap tidak bersalah di khalayak, seolah-olah tiada apa pernah berlaku.

Jangan buat innocent

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astillah dan syed saddiq pickup line buat peminat tersipu
2025-08-03 14:23:35

"Awak Nak Saya? Bukan Dah Dapat Ke..?" - Netizen 'Lipat Bumi' Dengar 'Pickup Line' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...