Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Mengigil Akak..” Anak Sulung Noorkhiriah Hilang, Dijumpai Di Taman Tun Dr. Ismail

Noor Khiriah

Pelakon Noor Khiriah semalam telah berhadapan dengan detik cemas apabila anak sulungnya Muhammad Hudhaifah,12, dilaporkan hilang selepas tiada di rumah pada awal pagi Khamis.

Dia kemudiannya telah memuat naik satu hantaran di laman Instagram sambil memaparkan gambar anaknya bagi mencari jalan agar orang ramai dapat membantu mengesan kanak-kanaknya itu di sekitar Petaling Jaya, Selangor.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh)

“Kalau jumpa kanak-kanak ini tolong hubungi ibunya Noorkhiriah, bangun pagi dia tiada dalam rumah..” tulis hantaran yang dibuat sahabat artis, Iesya Toh di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Azfaizul Ahtan yang merupakan suami kepada Noorkhiriah telah dihubungi media memaklumkan bahawa anaknya itu telah ditemui selamat dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.

“Dia disedari hilang pukul 6 pagi tadi dan dijumpai di area Taman Tun dalam keadaan selamat.” ujar Azfaizul ringkas.

Terdahulu, Muhammad Hudhaifah ditemui selamat di kawasan TTDI Kuala Lumpur berdekatan pusat membeli belah One Utama, Damansara, tidak jauh dari rumah mereka tanpa ada unsur-unsur jenayah.

Noorkhiriah dan suaminya turut memiliki seorang lagi anak lelaki iaitu Muhammad Yusoff,10,dan anak angkat bernama Nur yang kini berusia 2 tahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. nani

    May 20, 2021 at 12:04 pm

    Dia boring duduk rumah la tu agaknya. Kena create game mcm ni. Bagi aktif walau dlm rumah. Ok kak Kay, stay calm.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top