“Menghina Profesion Kewartawanan” – GKMM Gesa Hattan Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Hiburan

“Menghina Profesion Kewartawanan” – GKMM Gesa Hattan Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) menggesa penyanyi legend, Datuk Hattan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menurut laporan Mstar, perkara itu berhubung sikap tidak profesional penyanyi berusia 58 tahun itu terhadap penyampai berita, Nur Syazwani Saiful Sham.

Advertisement

Bukan itu sahaja, President GKMM iaitu Fauzi Ishak berkata dia kesal terhadap respon Hattan ketika ditemu bual oleh Nur Syazwani secara siaran langsung (Live) di Astro Awani pada Jumaat lalu.

Respon balas itu menunjukkan sikap tidak profesional beliau ketika memberi kenyataan kepada media.

Selain itu, Fauzi berkata Hattan turut menghina profesion kewartawanan serta stesen media arus perdana negara.

Tambahnya lagi, sikap tidak hormat itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengamal media terutama kumpulan wartawan.

Beliau wajar mengambil tanggungjawab terhadap reaksi balas dari kalangan wartawan dan orang ramai di media sosial.

Terdahulu, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin telah diminta untuk mengulas pemergian vokalis kumpulan XPDC iaitu Mael yang meninggal dunia pada Khamis lalu.

Namun, apa yang mengundang rasa kurang senang orang ramai adalah respon penyanyi berusia 58 tahun itu yang tiba-tiba menempelak penyampai berita ketika temu bual disiarkan secara siaran langsung di Astro Awani.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

12 months ago

"Not Interested.." - Dikecam Teruk 'Sound' Penyampai Berita Masa 'Live', Ini Respon Hattan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...