Selepas selebriti popular, Neelofa mengundurkan diri daripada rancangan MeleTOP mulai tahun 2020, ramai yang tertanya siapa agaknya yang bakal menggantikan tempatnya sebagai pengacara rancangan hiburan tersebut. Ada beberapa nama yang disebut bakal bergandingan dengan Nabil iaitu Mira Filzah dan Ain Edruce tetapi belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.
Semalam pihak MeleTOP membuat kejutan istimewa dengan menampilkan primadona, Erra Fazira sebagai hos jemputan.
Kemunculan Erra itu mendapat reaksi yang positif daripada netizen. Rata-rata netizen akui dia mempunyai aura tersendiri yang membuatkan program tersebut lebih menarik. Malah, telatah Erra yang cukup sempoi membuatkan penonton terhibur, gandingan yang sangat sesuai bersama Nabil.
Erra versatil dan matang
Harap kekal sebagai hos
Ramai yang berharap agar Erra dapat dikekalkan sebagai hos pada masa akan datang. Mereka sangat berpuas hati dengan gaya pengacaraannya yang matang, profesional ketika bertanyakan soalan kepada tetamu jemputan dan mampu memikat hati penonton.
Erra memang dikenali dengan sikapnya yang selamba, tetapi pada masa yang sama dia cukup versatil serta profesional dalam kerjanya. Apa pendapat anda, setuju tak kalau Erra dikekalkan sebagai hos MeleTOP?
Kredit Foto & Video: Instagram MeleTOP & MindOrder Management

mm
January 9, 2020 at 9:26 pm
ape keheinya baju erra tu macam tu.
Anonymous
January 9, 2020 at 10:51 am
Mediocre, recycled, expired and has-been… NOOOOO!!!!
aweks
January 9, 2020 at 10:50 am
zaman bila punya pengacara daaaaa…. zaman pun dah berlalu.
WTF
January 9, 2020 at 10:48 am
dah liat…tolong la ambik la muka2 fresh sikit la ni dah zaman 90an dinasor punya.