Menggunakan Aksesori Gajet Tanpa Tauliah Boleh Mengancam Nyawa – Pakar

Trending

Menggunakan Aksesori Gajet Tanpa Tauliah Boleh Mengancam Nyawa – Pakar

Menggunakan aksesori gajet yang tiada tauliah boleh mengancam nyawa, kata pakar.

Amin Ashaari, pengasas bersama laman web teknologi SoyaCincau.com, berkata ramai tidak sedar bahaya menggunakan aksesori telefon bimbit seperti pengecas yang tiada tauliah.

Advertisement

AmzZ4m5FeKxkMcnTdLmaJwFzzV2k1pdxXLJE8CU42dRd

Walaupun keadaan litar elektrik sesebuah rumah atau menggunakan adapter plag-pelbagai juga boleh menyebabkan renjatan elektrik, Amin berkata kepada The Star keutamaan patut diberikan untuk menggunakan aksesori yang mencapai piawaian standard keselamatan.

Secara umum, menggunakan produk yang tidak disyorkan oleh pengeluar asal gajet atau peranti anda adalah tidak selamat.

Orang ramai biasa membeli kabel paling murah, seperti pengecas, tapi ia boleh mendatangkan kesan tersendiri.

Amin mengulas mengenai kes seorang wanita yang maut terkena renjatan elektik apabila menggunakan telefon yang sedang dicas Jumaat lepas.

Amin juga memberi penekanan kepada tabiat menukar bateri telefon kepada jenis yang tidak disahkan kerana ia tidak melindungi telefon dari pengecasan berlebihan.

Bateri seperti ini tidak mempunyai peranti perlindungan yang dipasang oleh pengeluar ke dalam produk mereka untuk mengelakkan insiden seperti letupan.

Suhana Mohamad, 30, terkena renjatan elektrik semasa menggunakan telefon yang sedang dicas pada Jumaat lepas di Cheras.

Menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang malang, Amin berkata sukar untuk menentukan sama ada punca renjatan ialah telefon bimbit yang digunakan.

Apa pun, jangan gunakan barangan elektrik semasa ribut petir. Boleh gunakan tetapi pastikan ia tidak bersambung pada soket dinding.

Dan paling penting menggunakan aksesori yang betul, jika tidak, ia boleh mengancam nyawa.

Najib Hamid, editor laman web teknologi berbahasa Melayu TheSkop berkata sebenarnya tiada masalah menggunakan telefon yang sedang dicas.

Tetapi terdapat risiko yang tinggi jika aksesori yang tidak ditauliahkan digunakan untuk mengecas telefon itu.

Dia menasihatkan supaya orang ramai menggunakan aksesori yang sekurang-kurangnya mencapai standard keselamatan Sirim Berhad. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...