Written by AbangNara | March 20th, 2015

Ketika Abang Nara tengah melayan Aariz menonton Robocar Poli di saluran 611 Astro Ceria, iklan Colgate Total Charcoal Deep Clean telah menarik perhatian diri ini. Charcoal ini kalau dah bahasa Melayunya ialah arang. Sebelum kewujudan ubat gigi, memang orang dulu-dulu gunakan arang untuk memberus gigi. Kagum Abang Nara apabila Colgate Total mempunyai teknologi untuk mengapplikasikan arang dalam produk mereka.

Mesti ada yang tertanya-tanya apa kelebihan ubat gigi Colgate Total Charcoal Deep Clean ini kan? Jangan risau Abang Nara akan terangkan. Banyak informasi yang Abang Nara telah hadam ketika menghadiri majlis pelancaran ubat gigi yang menggabungkan ramuan tradisi (arang) dan juga sains moden (formula Colgate Total) di Sunway Pyramid baru-baru ini.

colgate total charcoal deep clean

Selalu kalau kita gosok gigi, secara tak sedar ada kotoran yang tertinggal di celah-celah gigi lagi-lagi lepas makan kan? Dengan Colgate Total Charcoal Deep Clean yang mempunyai ‘micro charcoal’ atau mikro arang di dalamnya, ia mencapai jauh ke dalam kawasan susah dicapai. Lagi best, formula Colgate Total yang digunakan turut sama mengurangkan pembentukan bakteria sehingga 90%. Hasilnya ialah gigi bersih berseri!!!
colgate total charcoal deep clean

Namun Abang Nara bukanlah manusia yang senang berpuas hati dengan fakta-fakta yang diberikan. Mesti nak try juga untuk rasai sendiri keberkesanannya. Jadi Abang Nara pun belilah Colgate Total Charcoal Deep Clean ini. Single pack 150g harganya RM10.60 sementara twin pack 150g pula berharga RM18.90. Disebabkan wife pun mesti nak cuba juga ubat gigi baru ini, Abang Nara beli yang twin pack punya. Jimat pun jimat jugak. Value for money gitu.

colgate total charcoal deep clean

Kemas kan kotak Colgate Total Charcoal Deep Clean nie? Nampak premium!!! Nak buka dan tutup pun senang. Nak picit keluarkan ubat giginya pun mudah. Marilah kita mencubanya.
colgate total charcoal deep clean

Wow!!! Ubat gigi ada warna hitam. Ini mesti ubat gigi dengan micro charcoal yang akan membersihkan celah-celah gigi Abang Nara.

colgate total charcoal deep clean

First impression Abang Nara ialah rasa Colgate Total Charcoal Deep Clean ini boleh tahan sedapnya da n ada pedas-pedas sikit walaupun ada mikro arang. Tak adalah terasa pelik apabila memberus gigi. Paling penting, celah-celah gigi memang terasa bersih sebersih-bersihnya. Terasa gigi di ‘deep clean’. Puas hati sangat-sangat. Memang berbaloi Abang Nara beli Colgate Total Charcoal Deep Clean ini.
colgate total charcoal deep clean

Kalau nak rasai sendiri keunikan dan kehebatan Colgate Total Charcoal Deep Clean, silalah ke farmasi, hypermarket atau kedai-kedai berdekatan rumah anda. Abang Nara berani jamin korang akan gembira sangat-sangat dengan ubat gigi terbaru dari Colgate ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.colgate.com.my atau ke Facebook www.facebook.com/colgatemy.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Menggosok Gigi Dengan Colgate Total Charcoal Deep Clean

  1. Olga says:

    Interesting…. wau!

    Kalau bukan Emma Maembong, cerita Hanez Suraya. Cerita yg sama. Ini citer baru yg paling best minggu ni :)

    0

    0
  2. kiki says:

    Abang Nara, latest update… baru putus tunang with Heikal.. Nina Iskandar dah Ada pengganti nampaknya… caption at her latest pictures.. a guy with initial D.. “even in hundreds time I’d choose you, D” and when the caption says “happiness is into ride sunset with you.. “

    0

    0
  3. anonymous says:

    Berus gigi pakai aranggg? wtf!!!!!!! Hahaha.. Dunia zaman sekarang.. Apa gunanya colgate kayu sugi! Its more better.. Sunnah nabi.. bradaaa

    0

    0
  4. Khir Khalid says:

    Arang mmg bagus buat putihkan gigi. Ramuan petua dahulu dlm ubat gigi colgate.. menarik.. :)

    0

    0
    • usah terpedaya says:

      Anda semua jangan percaya pada petua orang dulu mahupun sekarang.
      Arang boleh memutihkan permukaan gigi pada awalnya, tetapi ia akan merosakkan saraf utama gigi yang akan menyebabkan kerosakan yg kekal. Gigi akan hilang pelindung utama akibat dari penggunaan arang, dan akan membuatkan gigi anda bertambah sensitif, sakit dan musnah perlindungan secara permanent.

      0

      0
      • usah terpedaya says:

        Begitu juga ubat gigi berflourida, yg kebiasaannya terdapat dalam hampir semua jenama terkemuka, ia dikatakan memberi perlindungan kepada permukaan gigi, sedangkan ianya merosakkan kelenjar otak yg menyebabkan anda semua menjadi berperangai seakan syaitan kerana hilangnya pedoman hidup serta mencintai duniawi dan kerosakan kerana wujudnya bahan kimia jahat ini di dalam bahan kegunaan harian anda.
        Berhati hatilah

        0

        0
      • Anonymous says:

        Betul tu..

        0

        0
    • lynn says:

      Penggunaan arang tak elok untuk jangkamasa panjang.
      Baik pakai neem, kayu sugi, cengkih

      0

      0
  5. kim kedisin says:

    Beli kolget cakol ni ada percuma panda bear ye? Just wondering APA kaitannya dengan panda bear.

    0

    0
  6. Aku sebatang kara says:

    Ew berapa tahun cermin abg nara tak bercuci gila bertompok…pemalasnya bini nara…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Nampak je pun! Gigih la aku scroll ke atas cari cermin. Nara, rajin la sikit prepare set bagi bersih sebelum snap gambar. Kan dah nampak yg bukan2.

      0

      0
  7. Anonymous says:

    gosok gigi dgn arang makruh kan?

    0

    0
  8. linda says:

    Setahu saya, Rasulullah melarang menggosok gigi menggunakan arang…
    Ini salah satu cara Yahudi menyesatkan umat Islam.. wallahualam

    1

    0
  9. wink wink says:

    Beria-ia Nara dulu anti produk yahudi..now???? siap promote bagai..

    0

    0
  10. dulu2 kalau abis ubat gigi.. gosok dengan arang kan? hehee

    0

    0