Menggosok Gigi Dengan Colgate Total Charcoal Deep Clean

Hiburan

Menggosok Gigi Dengan Colgate Total Charcoal Deep Clean

Ketika Abang Nara tengah melayan Aariz menonton Robocar Poli di saluran 611 Astro Ceria, iklan Colgate Total Charcoal Deep Clean telah menarik perhatian diri ini. Charcoal ini kalau dah bahasa Melayunya ialah arang. Sebelum kewujudan ubat gigi, memang orang dulu-dulu gunakan arang untuk memberus gigi. Kagum Abang Nara apabila Colgate Total mempunyai teknologi untuk mengapplikasikan arang dalam produk mereka.

Mesti ada yang tertanya-tanya apa kelebihan ubat gigi Colgate Total Charcoal Deep Clean ini kan? Jangan risau Abang Nara akan terangkan. Banyak informasi yang Abang Nara telah hadam ketika menghadiri majlis pelancaran ubat gigi yang menggabungkan ramuan tradisi (arang) dan juga sains moden (formula Colgate Total) di Sunway Pyramid baru-baru ini.

Advertisement

colgate total charcoal deep clean

Selalu kalau kita gosok gigi, secara tak sedar ada kotoran yang tertinggal di celah-celah gigi lagi-lagi lepas makan kan? Dengan Colgate Total Charcoal Deep Clean yang mempunyai ‘micro charcoal’ atau mikro arang di dalamnya, ia mencapai jauh ke dalam kawasan susah dicapai. Lagi best, formula Colgate Total yang digunakan turut sama mengurangkan pembentukan bakteria sehingga 90%. Hasilnya ialah gigi bersih berseri!!!
colgate total charcoal deep clean

Namun Abang Nara bukanlah manusia yang senang berpuas hati dengan fakta-fakta yang diberikan. Mesti nak try juga untuk rasai sendiri keberkesanannya. Jadi Abang Nara pun belilah Colgate Total Charcoal Deep Clean ini. Single pack 150g harganya RM10.60 sementara twin pack 150g pula berharga RM18.90. Disebabkan wife pun mesti nak cuba juga ubat gigi baru ini, Abang Nara beli yang twin pack punya. Jimat pun jimat jugak. Value for money gitu.

colgate total charcoal deep clean

Kemas kan kotak Colgate Total Charcoal Deep Clean nie? Nampak premium!!! Nak buka dan tutup pun senang. Nak picit keluarkan ubat giginya pun mudah. Marilah kita mencubanya.
colgate total charcoal deep clean

Wow!!! Ubat gigi ada warna hitam. Ini mesti ubat gigi dengan micro charcoal yang akan membersihkan celah-celah gigi Abang Nara.

colgate total charcoal deep clean

First impression Abang Nara ialah rasa Colgate Total Charcoal Deep Clean ini boleh tahan sedapnya da n ada pedas-pedas sikit walaupun ada mikro arang. Tak adalah terasa pelik apabila memberus gigi. Paling penting, celah-celah gigi memang terasa bersih sebersih-bersihnya. Terasa gigi di ‘deep clean’. Puas hati sangat-sangat. Memang berbaloi Abang Nara beli Colgate Total Charcoal Deep Clean ini.
colgate total charcoal deep clean

Kalau nak rasai sendiri keunikan dan kehebatan Colgate Total Charcoal Deep Clean, silalah ke farmasi, hypermarket atau kedai-kedai berdekatan rumah anda. Abang Nara berani jamin korang akan gembira sangat-sangat dengan ubat gigi terbaru dari Colgate ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.colgate.com.my atau ke Facebook www.facebook.com/colgatemy.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...