Gadis yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail yang bertindak mengelar beberapa kali pergelangan tangan kiri rakannya sehingga putus itu kini direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan kerana membunuh.
Suspek dikatakan menggigil ketika tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Marang kira-kira jam 10.10 pagi.
Suspek sebelum ini telah berjaya ditahan ditahan ibunya tampil menyerahkannya ke Balai Polis Telemong pagi semalam.
Hasil siasatan mendapati, suspek ditemui di lokasi kejadian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.
Terdahulu, kisah pembunuhan Nur Surya telah mengejutkan orang ramai apabila beliau ditemui tertiarap di ruang tamu rumah dengan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan oleh adiknya ketika pulang dari sekolah.
Untuk rekod, jenazah Siti Nor Surya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beladau Selat, Kuala Terengganu semalam.
Sumber: Harian Metro