June 6th, 2012

Hari Ibu yang lepas, Abang Nara ingin membuat kejutan kepada isteri tercinta. Almaklumlah, ini adalah kali pertama wife menyambut hari ibu selepas kelahiran anak lelaki kami. Dekat seminggu jugak Abang Nara fikir nak bagi hadiah apa kepada wife. Akhirnya, selepas membelek gambar-gambar Facebook, Abang Nara dapat jugak idea.

citibank ready credit

Yeah ~~ Abang Nara nak belikan jam untuk isteri tersayang. Kalau tak silap pendengaran Abang Nara, jam yang dipakai oleh wife memang dah lama sangat-sangat. Sekali sekala berhabis duit untuk isteri apa salahnya kan? Jadi pada satu hari, Abang Nara membohong sunat kepada isteri dan terus ke KLCC untuk mencari jam sebagai hadiah untuknya.

citibank ready credit

Kalau dah namanya kedai di KLCC, pasti harga jam yang nak dibeli pun boleh tahan mahalnya kan? Tapi Abang Nara tak suka bawak cash banyak-banyak sebab takut kena ragut, copet dan sebagainya. Nasib baiklah baru-baru ini permohonan Abang Nara untuk kad Citibank Ready Credit telah diluluskan.

citibank ready credit

Sebelum ramai yang mengkondem Abang Nara kerana menggunakan kad kredit untuk membeli-belah, Citibank Ready Credit ini BUKAN kredit kad. Abang Nara boleh withdraw duit di ATM machine, gunakan untuk membeli di kedai yang menerima VISA, bayar bil menggunakan cek dan boleh guna untuk online banking menerusi laman web Citibank. Hybrid gila kan Citibank Ready Credit nie?

citibank ready credit

Maka Abang Nara pun berjalan-jalanlah untuk mencari jam yang dirasakan sesuai untuk dihadiahkan kepada wife. Walaupun gaji tak masuk lagi, Abang Nara perlu hadiahkan kepada wife jam ini sebab kalau dah terlepas 13 Mei, maka kuranglah rasa romantiknya. Tak gitu? Jalan punya jalan, Abang Nara terhenti di kedai Aigner.

citibank ready credit

Punyalah banyak pilihan jam yang ada di Aigner ini sampai rambang mata Abang Nara dibuatnya. Harga pun kira sedang-sedang jerlah. Tak mahal sangat, tak murah sangat. Namun akhirnya mata Abang Nara terpaut kepada jam di bawah. Cantik tak?

citibank ready credit

Maka dengan hati yang rela, ikhlas dan macho untuk membuatkan isteri gembira di Hari Ibu, Abang Nara pun menggunakan Citibank Ready Credit. Abang Nara tak risau sangat bab bayaran kerana charge Citibank Ready Credit adalah berdasarkan harian. Setahun chargenya adalah 18% jadi kalau guna RM3,000 pun hanya RM1.48 sen sahaja sehari. Tapi Abang Nara memang dah plan untuk bayar terus bila dapat gaji nanti. Yang penting sekarang ialah Abang Nara ada bungkusan Aigner untuk dihadiahkan kepada isteri tanda penghargaan menjadi seorang ibu kepada anak kami berdua.

citibank ready credit

Dan selepas pulang dari KLCC dan pura-pura buat tidak tahu tentang Hari Ibu, Abang Nara keluarkan hadiah yang telah dibeli tadi. Menjerit kegembiraan wife Abang Nara. Abang Nara pun turut sama gembira. Hati Abang Nara rasa puas sangat dapat membuatkan isteri tercinta tersenyum girang. Sesekali berbelanja untuk orang yang kita sayang,apa salahnya kan?


266 responses to “Menggembirakan Hati Isteri Di Hari Ibu”

  1. cadbury says:

    spm 2005?muda lagi bini dia..aku igt dah tua..

Loading...