Mengenali Durian Musang King Supaya Anda Tidak Tertipu Dengan Durian D24

Trending

Mengenali Durian Musang King Supaya Anda Tidak Tertipu Dengan Durian D24

Jika anda membeli durian, sentiasa berjaga jaga supaya tidak tertipu dengan perniaga yang menjual durian D24 dan mengatakan durian tersebut merupakan Musang King. Kes penipuan durian ini bukan baru, sudah banyak kes yang bergini menjadi bualan ramai ketika musim durian datang ke Maalaysia.

Advertisement

Kami berminat untuk berkongsi tentang durian ini apabila menonton satu video yang dikongsikan oleh page facebook Wira Keyboard. Page tersebut berkongsikan video seorang tauke durian menerangkan berbezaan durian yang dijual dan bagaimana untuk mengenali durian Musang King yang sebenar.

Penulis mula mencari beberapa perbezaan durian Musang King dan D24. Antara perbezaraan yang ketara adalah pada kulit durian tersebut.

Durian Musang King mempunyai kulit yang akan kuning dan seakan berwarna purple muda manakala D24 mempunyai warna hijau yang terang. Yang jelas adalah pada bawah durian tersebut, Musang king mempunyai corak di bawahnya tidak seperti D24 yang tidak mempunyai corak. Lihat gambar di atas untuk paparan yang jelas bagi Durian Musang King.

Satu lagi ciri yang membezakan Musang King dan D24 ialah pada durinya. Musang King mempunyai duri yang agak besar serta mempunyai ruang yang luas di antaranya. Manakala D24 mempunyai duri yang halus dan tajam. Boleh lihat gambar di bawah untuk perbezaan duri Musang King dan D24.

Kredit to: www.yearofthedurian.com

Terakhir sekali, boleh dilihat pada batang pada durian tersebut. Musang King mempunyai batang yang lebih panjang dan kecil berbanding D24. D24 pula mempunyai batang yang lebih pendek dan besar.

Tonton video dari Wira Keyboard untuk lebih mengenali durian yang berada di pasaran. Dan untuk mengelak dari penjual menipu.

Click link ini untuk ke link video

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...