Mengeluh Dengan Kehidupan Selebriti, Peminat Risau Naim Daniel Alami Kemurungan

Hiburan

Mengeluh Dengan Kehidupan Selebriti, Peminat Risau Naim Daniel Alami Kemurungan

Sejak kebelakangan ini, selalu kita terdengar kisah artis yang mengalami kemurungan teruk sehingga ada yang nekad bunuh diri. Masalah ini bukan sahaja dialami oleh artis luar negara tapi juga artis dalam negara.

Terbaru, Naim Daniel telah memuat naik satu entri di laman Instagramnya mengenai susahnya hidup sebagai seorang penghibur dan selebriti. Luahannya itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat melahirkan rasa risau dengan keadaan lelaki itu.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

Nasib awaklah, penghibur. Awak ada masalah sebelum show, orang tak peduli. Orang cuma tahu nak berhibur. Kalau awak terlepas pandang sorang peminat, dibilangnya angkuh. Awak tak boleh buat silap ya. Jangan sekali. Sebab orang akan lupa segala satu benda manis yang pernah awak kerjakan. Kalau ada rezeki lebih, siap kena kecam di laman sosial. Nasib awaklah, penghibur. Pekerjaan awak ini mungkin nombor 900 yang penting di dunia, kalau boleh lagi murah rate awak, lagi orang nak. Lagi kesian bila orang tanya “Main alat muzik/menyanyi je pun takkanlah mahal?” Padahal mereka lupa, selain beruang, manusia juga perlu cari makan. Kita masih perlu membayar segala bil dan belanja. Tapi yalah, awak penghibur, mana logik bayar mengikut kemahiran awak kan? Nasib awaklah, penghibur. Orang beranggapan awak kalis makian, memang menjadi bahan punching bag mulut masyarakat, sampaikan makan minum, bangun tidur awak pun sering terfikir apa orang akan kata. Nasib awaklah, penghibur. Tika awak leka menghibur, hati awak yang terkubur. Nasib awaklah, penghibur.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Naim kecewa kerana ramai orang yang yang mempunyai tanggapan yang salah mengenai kehidupan selebriti.

Nasib awaklah, penghibur. Awak ada masalah sebelum show, orang tak peduli. Orang cuma tahu nak berhibur.

Kalau awak terlepas pandang sorang peminat, dibilangnya angkuh. Awak tak boleh buat silap ya. Jangan sekali.

Sebab orang akan lupa segala satu benda manis yang pernah awak kerjakan. Kalau ada rezeki lebih, siap kena kecam di laman sosial.

naim daniel kemurungan?

Selain itu, Naim turut terkesan apabila ada segelintir pihak yang ingin membayar harga picisan setiap kali dia melakukan persembahan.

Nasib awaklah, penghibur. Pekerjaan awak ini mungkin nombor 900 yang penting di dunia, kalau boleh lagi murah rate awak, lagi orang nak.

Lagi kesian bila orang tanya “Main alat muzik/menyanyi je pun takkanlah mahal?

Padahal mereka lupa, selain beruang, manusia juga perlu cari makan. Kita masih perlu membayar segala bil dan belanja.

Tapi yalah, awak penghibur, mana logik bayar mengikut kemahiran awak kan?

Penyanyi lelaki itu juga mengeluh apabila selebriti ini tidak boleh mempunyai kehidupan peribadi yang tenang. Setiap orang pasti ingin mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka. Tiada privasi!

Asam garam menjadi selebriti mungkin, peminat hanya mahukan sisi yang baik sahaja dan tidak boleh terima apa-apa perkara negatif. Bertabah Naim dan juga selebriti lain!

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...