Baru-baru ini tular di media sosial, dua pemuda yang bertindak masuk ke kawasan sawah padi untuk mencabut rumput kerana mahu mengelak daripada disaman oleh pihak polis.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram tersebut, dilihat dua orang lelaki berada di dalam kawasan sawah padi sambil mencabut rumput.
Namun sebaliknya, mereka sebenarnya dikatakan cuba melarikan diri daripada disaman sepasukan polis yang bertindak mengepung mereka atas kesalahan tidak memakai topi keledar.
Malah, dua lelaki tersebut turut dilihat meninggalkan motosikal yang ditunggang dan selipar mereka lalu turun ke dalam sawah padi dan berpura-pura sedang bekerja.
Lebih melucukan, mereka juga berpura-pura sibuk dan tidak mendengar apabila dipanggil pihak polis.
Meninjau diruangan komen, video kejadian tersebut telah mendapat perhatian rata-rata netizen yang terhibur melihat gelagat dua pemuda berkenaan.
“Cara hindari polisi cek” tulis seorang pengguna Instagram.
“Diatas motor nampak berani, dikejar, langsung jadi petani” tulis seorang lagi netizen.