Mengejutkan! Naqiu Boboy Dan Hady Mirza Juara Bersama Gegar Vaganza 6

Hiburan

Mengejutkan! Naqiu Boboy Dan Hady Mirza Juara Bersama Gegar Vaganza 6

Pertarungan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) penuh kejutan apabila Naqiu Boboy dan Hady Mirza diumumkan sebagai juara bersama program realiti itu yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)  malam tadi.

hady mirza naqiu boboy

Advertisement

Tidak dinafikan, kedua-duanya mempunyai aura yang luar biasa dan memberikan persembahan terbaik ketika nyanyian solo dan juga ‘battle round’.

Mereka berjaya menewaskan empat peserta lain dan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian, ubah suai rumah dan ruang tamu berserta trofi.

naqiu boboy hady mirza

Vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt diumumkan pemenang tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi.

Nurfatima pula merangkul tempat keempat dengan hadiah wang tunai RM20,000 beserta trofi.

juara gv6Manakala tempat kelima dan keenam dimenangi oleh One Nation Emcees dan Sham Visa masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Tidak dinafikan konsert final GV6 kali ini agak mantap. Keputusan malam ini memang tidak dijangka dan agak mengejutkan. Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang.

Kredit Foto : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...