December 23rd, 2019

Pertarungan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) penuh kejutan apabila Naqiu Boboy dan Hady Mirza diumumkan sebagai juara bersama program realiti itu yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)  malam tadi.

hady mirza naqiu boboy

Tidak dinafikan, kedua-duanya mempunyai aura yang luar biasa dan memberikan persembahan terbaik ketika nyanyian solo dan juga ‘battle round’.

Mereka berjaya menewaskan empat peserta lain dan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian, ubah suai rumah dan ruang tamu berserta trofi.

naqiu boboy hady mirza

Vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt diumumkan pemenang tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi.

Nurfatima pula merangkul tempat keempat dengan hadiah wang tunai RM20,000 beserta trofi.

juara gv6Manakala tempat kelima dan keenam dimenangi oleh One Nation Emcees dan Sham Visa masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Tidak dinafikan konsert final GV6 kali ini agak mantap. Keputusan malam ini memang tidak dijangka dan agak mengejutkan. Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang.

Kredit Foto : Astro Gempak


13 responses to “Mengejutkan! Naqiu Boboy Dan Hady Mirza Juara Bersama Gegar Vaganza 6”

  1. Ajina says:

    jap. knp tempat kelima tu naik 5k je ek? yg lain naik 10k. starting tmpt ke 6 = 10k
    tempat ke 4 = 20k, tempat ke 3 = 30k. awat tak naik je tempat kelima tu 20k, ke 4 = 30k, yg ke 3 tu 35k? adil tak adil ni astrok

  2. Anonymous says:

    Aku xde mslh dgn semua keputusan smlm

    Cuma keputusan dah plan awal..sbb trofi ada 2..hihihi

    Bg aku battle sham & jatt agak santai,mcm bkn competition dah..seronok je tgk..lirik salah,lari tu dah xkisah dah..janji enjoy

  3. huhu says:

    nasib astro tak kekalkan wan..kalu tak mau naib juara tu..huhu..jgn marah ye..gurau2 yo..

Loading...