Mengejutkan Apabila Pelanggan Terjumpa Lipas Dalam Kek Dibeli Di Pasaraya Mini Popular

Kehidupan

Mengejutkan Apabila Pelanggan Terjumpa Lipas Dalam Kek Dibeli Di Pasaraya Mini Popular

Lipas adalah antara serangga yang boleh bertahan hidup paling lama walau dalam apa jua keadaan. Baru-baru ini dua orang pelanggan telah merakamkan penemuan lipas di dalam kek yang dijual di sebuah pasaraya mini yang popular di Malaysia.

Siapa yang tidak terkejut bukan? Memang terbantut selera makan kita jika terjumpa serangga ini dalam makanan.

Advertisement

Dikatakan video tersebut telah diberikan oleh individu bernama Abdul Rehman dan telah dimuat naik dalam laman Facebook ‘We are Malaysian’ pada Ahad lalu.

“Anda lihat, masih hidup,”

Menerusi caption posting tersebut, seorang pelangan ini sangat jijik dengan apa yang terjadi dan mengambil tindakan dengan memulangkan semula kek tersebut ke pasar raya mini berkenaan. Tetapi apa yang mengejutkan apabila beliau diberitahu oleh kakitangan bahawa mereka tidak dapat menghentikan lipas daripada memasuki produk mereka.

Individu turut menggesa orang ramai untuk memeriksa barang-barang mereka sebelum membelinya. Takut menerima nasib yang sama sepertinya.

Tak cukup dengan itu, seorang individu lain turut berkongsi pengalaman yang sama dengan insiden tersebut.

“Nah, KKM perlu menjalankan pemeriksaan di pasaran mini. Bukan sahaja restoran, “kata Raymond Siew.

Individu juga telah membeli kek daripada pembekal yang sama. Video berdurasi selama 19 saat itu menunjukkan beberapa ekor lipas yang masih bergerak berada di penutup bungkusan makanan itu.

Posting tersebut membuatkan ramai netizen memberi komen meminta agar perkara ini akan diberi perhatian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan meminta premis yang terlibat itu diperiksa oleh pihak berkuasa.

“Banyak kali mengadu kepada kakitangan tetapi mereka tidak menghiraukan”

Setakat ini masih tiada kesahihan berkenaan video-video yang dimuat naik ini berkenaan kek yang di jual di pasaraya mini yang terlibat dan sebarang tindakan belum lagi dibuat berkenaan kes ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...