Lipas adalah antara serangga yang boleh bertahan hidup paling lama walau dalam apa jua keadaan. Baru-baru ini dua orang pelanggan telah merakamkan penemuan lipas di dalam kek yang dijual di sebuah pasaraya mini yang popular di Malaysia.
Siapa yang tidak terkejut bukan? Memang terbantut selera makan kita jika terjumpa serangga ini dalam makanan.
Dikatakan video tersebut telah diberikan oleh individu bernama Abdul Rehman dan telah dimuat naik dalam laman Facebook ‘We are Malaysian’ pada Ahad lalu.
“Anda lihat, masih hidup,”
Individu turut menggesa orang ramai untuk memeriksa barang-barang mereka sebelum membelinya. Takut menerima nasib yang sama sepertinya.
Tak cukup dengan itu, seorang individu lain turut berkongsi pengalaman yang sama dengan insiden tersebut.
“Nah, KKM perlu menjalankan pemeriksaan di pasaran mini. Bukan sahaja restoran, “kata Raymond Siew.
Posting tersebut membuatkan ramai netizen memberi komen meminta agar perkara ini akan diberi perhatian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan meminta premis yang terlibat itu diperiksa oleh pihak berkuasa.
“Banyak kali mengadu kepada kakitangan tetapi mereka tidak menghiraukan”
Setakat ini masih tiada kesahihan berkenaan video-video yang dimuat naik ini berkenaan kek yang di jual di pasaraya mini yang terlibat dan sebarang tindakan belum lagi dibuat berkenaan kes ini.