Mengapa Nak Tuduh Saya Sebagai Orang Ketiga? – Kamal Adli

Hiburan

Mengapa Nak Tuduh Saya Sebagai Orang Ketiga? – Kamal Adli

Nama Kamal Adli pernah dikaitkan dengan keretakan hubungan Zizan Razak dan Emma Maembong satu ketika dahulu namun pelakon itu menganggap ia adalah satu gosip yang kelakar. Pastinya Kamal Adli menarik nafas lega apabila desas-desus itu tidak benar dan dinafikan oleh pasangan kekasih tersebut. Namun hari ini selepas Emma Maembong mengesahkan berakhirnya hubungan cintanya dengan Zizan, nama Kamal Adli selagi lagi hangat diperkatakan sebagai punca keruntuhan percintaan tersebut.

kamal adli dan emma maembong

Advertisement

Enggan terus namanya diburukkan, Kamal Adli tampil menerusi portal Astro Gempak untuk menafikan dirinya terlibat sebagai faktor perpisahan Emma dan Zizan. Kamal juga turut menafikan dirinya pernah menghantar Emma ke lapangan kapal terbang seperti gosip yang timbul. Kata Kamal:-

Sungguh! Saya tidak mempunyai sebarang ikatan cinta dengan Emma dan saya tidak tahu dari mana datangnya gosip tersebut. Mengapa nak tuduh saya sebagai orang ketiga sedangkan saya sendiri tidak tahu menahu apa yang terjadi kepada mereka.

Tentang hubungan mereka, saya tidak boleh beri komen kerana saya tidak terlibat dan saya percaya mereka mempunyai alasan yang tersendiri. Jadi tolong jangan kaitkan nama saya dalam hal yang berkaitan dengan hubungan Emma dan Zizan.

Saya tidak tahu dari mana datangnya dakwaan tersebut, saya juga tak tahu apa yang mereka inginkan daripada saya sehingga timbul cerita rekaan seperti itu.

Demi Tuhan, saya tidak pernah menghantar dia ke ‘airport’ seperti mana dakwaan tersebut. Jika benar apa yang dikatakan oleh ‘pembawa cerita’ itu, sila kemukakan bukti kepada saya. Jangan membuat andaian sewenang-wenangnya tanpa sebarang bukti kerana itu akan lebih memburukkan keadaan

kamal adli dan emma maembong

Desas-desus hubungan cinta antara Kamal Adli dan Emma Maembong dikatakan mula berputik apabila mereka berdua berlakon bersama drama ‘Cinta Tanpa Syurga’. Namun berdasarkan penerangan Kamal di atas, ternyata desas-desus tersebut adalah palsu semata-mata. Apa pun, Emma Maembong kini sudah single mingle. Tunggu apa lagi? Sila ngorat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...