Mengapa Hanya Yang Muda Ditegur? – Pembaca BeautifulNara

Hiburan

Mengapa Hanya Yang Muda Ditegur? – Pembaca BeautifulNara

Kontroversi yang melanda antara Afiq Muiz dan ibunya ternyata mendapat perhatian ramai. Berpuluh-puluh email Abang Nara terima daripada pembaca BeautifulNara yang berkongsi pendapat mereka. Rata-rata menyalahkan Afiq di dalam hal ini dan meminta agar Afiq segera meminta maaf pada ibunya.

afiq dan ibunya

Advertisement

Pagi hari ini, Abang Nara menerima sepucuk email yang agak menarik. Isinya lain daripada yang lain. Memang membuatkan Abang Nara berfikir sejenak. Dengan tajuk “Mengapa Hanya Yang Muda Ditegur“, email ini memang sesuai untuk Abang Nara kongsikan buat semua:-

Assalamualaikum abg Nara.

Maaf kira email ini menganggu abg Nara.Sekiranya email ini abg Nara siarkan, terima kasih saya ucapkan.

Kebelakangan ini sering kali masalah pertelingkahan keluarga artis kita dengar.Amat menyedihkan kadang2 perkara kecil yang boleh diselesaikan secara baik dibesar2kan di media.Namun abang Nara,kes Afiq Muiz benar2 mengesankan saya.

Mungkin ramai yang akan mencemuh saya kerana pendapat saya ini.Saya bknlah menyokong mana2 pihak,namun jika Afiq di pihak yg benar sy dpt rskan kepedihan dihatinya.Saya bknlah peminatnya,cuma sy faham perasaannya.

Jika anda dibsrkn dgn penuh kasih syg walau tiada kemewahan, sesiapun tdk akan sanggup melukakn hati ibu.tp bagaimana sebaliknya abang Nara.Sy merasai kepedihan itu abng Nara. pengalaman saya tidaklah seteruk apa yg dihadapi Afiq Muiz, tp lukanya amat dlm. Jd dpt sy rasakan sebak di hatinya sewaktu menonton Melodi secara kebetulan.

Msyrakat kita diajar menghormati org tua sehingga menghalalkn apa sj dilakukan mereka atas alasan ‘org tua’ .Masih sy igt kata2 seorg artis lelaki apabila percintaannya dihalang si bapa melalui media “kita mmg kene hormat pd yg tua, tp kalau slh kita kene tegur “.lebih krg begitulah kata2nya.Malah org tua adalah pelakon terbaik.Saya sudah jenuh menyaksikan lakonan org2 tua ini xkiralah siapa.Pada yang ramai mencaci, lupakah anda siapa yg memulakan isu ini.Senang2nya dia dilabel anak derhaka tp bila membela diri masih dikutuk.Setelah diberi bukti sms makin byk mencaci.

Mmg aib perlu ditutup lebih2 lg yg melibtkn keluarga.tp lupakah anda bhw dia juga mempunyai perasaan? Dan mengapa setelah ditergkn berkali2 bhw mereka berkwn baik media masih melabelkn mereka psgn kekasih.Siap mengata melebihkn kekasih.Biasalah kalau kita meluah perasaan dan berkongsi rahsia dgn tmn rapat.Tidak tahukah anda istilah BFF? Kalau ada jodoh bercintalah mereka nnt.Byk lg BFF ala2 mereka cume mereka bkn artis.

Sy bknlah peminat Eina Azman malah sy juga tdk menyenangi imejnya.tp lupakah kita pd ungkapan ‘jgn menilai buku dr kulitnya’.tahukah anda bagaimana hati budinya? Ramai rakan sy berimej sedemikian tp hati mereka amat baik dan pemurah.Dan lupakah kita atas segala tuduhan ke atasnya, maruah keluarganya terpalit sekali.Sy bknlah menyokong kes saman beliau, tp beliau telah pn memberi tempoh meminta maaf.sy berhrp ia dpt dijadikn pengajaran ntuk sesiapa sj agar tdk suka2 hati memfitnah dn menuduh sesiapa.

Di ruangan komen ramai mengatakan tdk ada ibu sanggup mengandung dn bersusah payah melahirkn anak.Bagaimana dgn bayi2 yg dibuang? Dan syurga di bwh tapak kaki ibu? Bukankah itu hadis palsu?Syurga neraka di tangan Allah. Kenapa tidak ustaz betulkan? Dan bukankah fitnah itu dosanya lbh bsr dr membunuh? Jika benar apa yg dikatakan si ibu fitnah, adakah ia akan terhapus kerana beliau ‘org tua’?

Dan adakah ustaz cuma membaca cerita sebelah pihak atau memberi nasihat secara am yang diinspirasikn melalui kemelut ini? Adakah seorg ibu itu diberi hak menyumph seranah anaknya kerana mustajabnya doa si ibu?Bknkah anak itu adalah anugerah yg DIPINJAMKAN Allah pd kita, maka kita tidak ada hak atas anak tersebut tp anak itu adalah amanah yg akan mendoakan apabila kita tiada nnt.

afiq dan eina

Ada benarnya juga tulisan pembaca BeautifulNara ini kan? Apa pun, Afiq sebagai anak, harus segera berjumpa dengan ibunya untuk memohon maaf. Tak kiralah walaupun Afiq berada di pihak yang benar. Diharap ini akan menjadi entri terakhir Abang Nara mengenai kontroversi Afiq dan Eina. Anda semua pun dah muak kan? Sama-samalah kita doakan agar mereka akan berdamai secepat mungkin.
zaraP.S: Peluang untuk anda memenangi Victoria’s Secret Mist secara PERCUMA telah tiba. Hanya perlu LIKE Facebook Zara Uwais Beauty Shop dan buat pembelian Aura White di sana. Mudah je kan? Mana tahu nasib anda. Cubalah!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...