“Mengapa Dibela Manusia Yang Memalukan Profesion Guru Dan Mencemar Institusi Pendidikan?”

Trending

“Mengapa Dibela Manusia Yang Memalukan Profesion Guru Dan Mencemar Institusi Pendidikan?”

UNTUK DITULARKAN: ISU GANGGUAN SEKSUAL DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN NIRWANA, AMPANG, KUALA LUMPUR

Seperti yang dijanjikan, ini cerita penuh dari rakan saya, Khadijah Malek (K).

Advertisement



Semalam K minta tolong saya sebar berita ini:

Guru sekolah rendah ini, sebelum ini sudah pernah dilaporkan menyerang secara seksual pelajar-pelajar di sebuah sekolah lain:

Pada awalnya saya fikir beliau sekadar berkongsi, sehinggalah beliau beritahu, mangsa berkenaan adalah anaknya sendiri.

Saya bersetuju membantu K menyebarkan isu ini dengan harapan agar perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberi kesedaran pada semua pihak yang terlibat.

Semoga keadilan membela anak-anak kita dan bukan si pemecah amanah.

InsyaAllah.

“Cikgu” mengajak dia ke bilik tersebut dengan alasan untuk membantu “cikgu” merekod markah. Namun dalam bilik itu, “cikgu” menarik tangan anak K dengan keras supaya dia duduk di atas ribaan peha “cikgu”, lalu “cikgu” memegang dada dan bahagian sulitnya.

Anak K memaklumkan K, bahawa beberapa kawan dia yang lain juga mengaku pernah dipegang / peluk / sentuh / raba oleh “cikgu” yang sama.

Anak K berumur 10 tahun dan bertudung.

K mendapat tahu bahawa “cikgu” dipindahkan ke sekolah sekarang lima tahun lepas kerana kes serupa sebelum ini. Ya. Ini bukan kali pertama.

Selepas K membuat laporan polis dan memaklumkan sekolah, barulah murid-murid yang lain berani untuk bersuara juga.

Sekolah menyimpan senarai nama murid yang telah menjadi mangsa dan telah membuat pengakuan, tetapi sekolah tidak memaklumkan para ibu bapa tentang apa yang terjadi ke atas anak-anak mereka. Murid-murid sendiri juga tidak memaklumkan ibu bapa mereka kerana takut, malu, keliru.

Pegawai penyiasat (IO) dan K pergi ke sekolah tersebut untuk mengambil gambar lokasi kejadian jenayah itu berlaku (bilik ko-kurikulum), malah mereka telah menetapkan temujanji sehari sebelum itu, tetapi apabila sampai, sekolah telah membuat mereka tunggu selama tiga jam tanpa sebab munasabah dengan alasan ‘kunci tak jumpa’.

Status terkini:

IO menunggu arahan selanjutnya dari Bukit Aman. K dalam proses memindahkan anak-anak beliau ke sekolah yang lain.

___

Kronologi ini telah dihantar kepada SUARAM sebagai memorandum kepada SUHAKAM. Surat-surat rasmi mengenai kes ini sedang dihantar kepada Kementerian-kementerian terlibat.

Nama sekolah di mana kes ini (dan kes-kes lain) terjadi:

Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang, Kuala Lumpur.

Guru Besar meminta K untuk bersemuka dengan “cikgu” dan selesaikan masalah antara mereka di situ saja.

Guru Besar menggesa anak K untuk pergi ke sekolah seperti biasa walaupun “cikgu” itu juga ada tiap hari-

“takpa, kalau terserempak dengan cikgu tu jangan pandang.”

Ini bukan tentang anak K, kawan saya saja; ini tentang murid-murid yang lain di SK Taman Nirwana Ampang dan juga tentang anak-anak kita semua seluruh Malaysia.

Mengapa dibela manusia yang memalukan profesyen guru dan mencemar institusi pendidikan?

Mudah-mudahan Tuhan memelihara dan melindungi anak-anak kita semua. Amin ya rabbal alamin.

Dialu-alukan untuk sebar,
dipersilakan untuk kongsi.
Assalamu’alaikum.
###

Sumber: waniardy

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...