Mengamuk Sebelum Membakar Rumah, Penagih Dadah Ditahan Polis

Kehidupan

Mengamuk Sebelum Membakar Rumah, Penagih Dadah Ditahan Polis

Seorang lelaki yang mengamuk dan bertindak membakar rumahnya menyebabkan anggota polis terpaksa menggunakan air pancutan bomba sebelum menahan suspek.

Kejadian itu berlaku pada jam 4 petang di Kampung Seri Ketengga, Mukim Siong di mana lelaki berusia 36 tahun mengamuk dengan melibas parang sebelum membakar dapur rumahnya.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian daripada abang suspek yang membuat laporan di Balai Polis Tanjung Pari.

“Kami berusaha memujuk suspek supaya menyerah diri kerana bimbang dia berkemungkinan menyerang penduduk”.

“Namun usaha memujuk gagal dan suspek masuk dan mengunci pintu rumahnya daripada dalam. Pintu kemudiannya dipecah sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat pancutan air bagi menghalang suspek daripada menyerang”.

Tambahnya, kejadian itu dipercayai berpunca kesan ketagihan dadah menyebabkan suspek gagal mengawal diri.

“Suspek ditangkap dan bomba kemudiannya memadam kebakaran kecil di dapur daripada merebak”.

lelaki ditahan polis

Berdasarkan semakan, suspek mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis merampas dua parang yang digunanya ketika kejadian.

Suspek direman empat hari mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...