Entah kenapalah dengan selebriti seorang ini, tidak pernah henti dengan kontroversi. Kali ini Fathia Latiff sekali lagi mengamuk dengan stesen televisyen popular, TV3. Menerusi akaun Instagramnya, Fathia nampak begitu marah sehingga bahasa yang digunakan memang tahap yang sangat tinggi sehingga sukar untuk difahami oleh kami rakyat marhaen.
Fathia meluahkan rasa tidak puas hati kononnya hanya menerima jemputan ke ABPBH 31 melalui wartawan hiburan sahaja selain mempertikaikan kemenangan Wany Hasrita sebagai Bintang Paling Popular.
Rata-rata netizen juga tidak mengerti mengapa Fathia bersikap sebegitu. Mungkin sudah mula naik menyampah dengan sikap beliau, ada yang menyarankan pelakon wanita itu untuk mendapatkan rawatan mental.
Jika benar Fathia ada masalah dengan pihak yang berkaitan, cubalah selesaikan masalah yang dihadapi dengan cara yang lebih matang. Kalau muat naik seperti ini, ia hanya mendatangkan keburukan sahaja. Apa pendapat korang?

meetomato
October 8, 2018 at 10:03 pm
die ni dh abis blajar law kat uitm ke stop halfway blajar or kena buang dr uitm?
Nad
October 8, 2018 at 9:23 pm
Dia, Azwan Ali dan Iqram Dinzly boleh bukak Kelab Retis Sendu Meroyan.
Rasdam Mewangi
October 8, 2018 at 7:44 pm
MOHON HARAMKAN FATHIA DARI DUNIA HIBURAN INI! KALAU AWAK PENYANYI PUN, HARAMKAN LAGUNYA DARIPADA KE UDARA DI MANA-MANA SALURAN RADIO!!
Kelkatu Kolumpo
October 8, 2018 at 7:29 pm
Wahhh..fatiyah ni main pill eh..cakap merapu2 no..bila pdrm nak jemput karaoke dlm lokap balai ni?
Anonymous
October 8, 2018 at 6:25 pm
Bahasa die dh setaraf azwan ali dh.. Merapu jerr