Mengamuk Kepada TV3 : Netizen Saran Fathia Latiff Dapatkan Rawatan Mental

Hiburan

Mengamuk Kepada TV3 : Netizen Saran Fathia Latiff Dapatkan Rawatan Mental

Entah kenapalah dengan selebriti seorang ini, tidak pernah henti dengan kontroversi. Kali ini Fathia Latiff sekali lagi mengamuk dengan stesen televisyen popular, TV3.  Menerusi akaun Instagramnya, Fathia nampak begitu marah sehingga bahasa yang digunakan memang tahap yang sangat tinggi sehingga sukar untuk difahami oleh kami rakyat marhaen.

Advertisement

Fathia meluahkan rasa tidak puas hati kononnya hanya menerima jemputan ke ABPBH 31 melalui wartawan hiburan sahaja selain mempertikaikan kemenangan Wany Hasrita sebagai Bintang Paling Popular.

Rata-rata netizen juga tidak mengerti mengapa Fathia bersikap sebegitu. Mungkin sudah mula naik menyampah dengan sikap beliau, ada yang menyarankan pelakon wanita itu untuk mendapatkan rawatan mental.

Jika benar Fathia ada masalah dengan pihak yang berkaitan, cubalah selesaikan masalah yang dihadapi dengan cara yang lebih matang. Kalau muat naik seperti ini, ia hanya mendatangkan keburukan sahaja. Apa pendapat korang?

Sumber Berita : Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...