Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mengamuk Dengan Pengkid Kerana Dia Kacau Saudara Saya Sendiri – Che Ta

Status yang penuh dengan amarah Rozita Che Wan ataupun Che Ta terhadap seorang pengkid menimbulkan tanda – tanya dikalangan peminatnya. Adakah Che Ta mengamuk kerana pengkid yang dikenali sebagai Delladellon itu sering menganggun dirinya?

Advertisement

Menurut Che Ta, status berunsur  amaran itu dibuat kerana teguran secara baik tidak diendahkan oleh individu tersebut. Sebenarnya, Delladellon telah mengganggu isteri kepada saudara Che Ta sehingga rumah tangga mereka terabai.

Sebagai saudara, saya sakit hati mendengar luahan mengenai isterinya yang mabuk cinta dengan ‘pengkid’ hingga mengabaikan tanggungjawab di rumah. Lebih menyedihkan apabila anak kecil mereka yang baharu mencecah berusia sembilan bulan juga diabaikan.

Karakter isterinya itu berubah dan dia menjadi wanita berbeza selepas mengenali individu terbabit.Jalan akhir adalah dengan mengambil langkah membuat luahan terbuka supaya dia sedar diri.

Sebelum ini pun saudara saya sudah bertemu untuk berbincang secara baik, namun keadaan semakin melarat. Harapan saya, dia sedar tidak baik memporak perandakan rumah tangga orang.

Advertisement

Che ta juga akui beliau kesal dengan sikap Delladellon yang masih ingin menganggu isteri saudara beliau itu dan tidak mahu mengakui perkara tersebut selepas ditanya oleh pihak media. Che Ta juga turut memberitahu beliau mempunyai setiap bukti gangguan yang dilakukan oleh Delladellon.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top