Status yang penuh dengan amarah Rozita Che Wan ataupun Che Ta terhadap seorang pengkid menimbulkan tanda – tanya dikalangan peminatnya. Adakah Che Ta mengamuk kerana pengkid yang dikenali sebagai Delladellon itu sering menganggun dirinya?
Menurut Che Ta, status berunsur amaran itu dibuat kerana teguran secara baik tidak diendahkan oleh individu tersebut. Sebenarnya, Delladellon telah mengganggu isteri kepada saudara Che Ta sehingga rumah tangga mereka terabai.
Sebagai saudara, saya sakit hati mendengar luahan mengenai isterinya yang mabuk cinta dengan ‘pengkid’ hingga mengabaikan tanggungjawab di rumah. Lebih menyedihkan apabila anak kecil mereka yang baharu mencecah berusia sembilan bulan juga diabaikan.
Karakter isterinya itu berubah dan dia menjadi wanita berbeza selepas mengenali individu terbabit.Jalan akhir adalah dengan mengambil langkah membuat luahan terbuka supaya dia sedar diri.
Sebelum ini pun saudara saya sudah bertemu untuk berbincang secara baik, namun keadaan semakin melarat. Harapan saya, dia sedar tidak baik memporak perandakan rumah tangga orang.
Che ta juga akui beliau kesal dengan sikap Delladellon yang masih ingin menganggu isteri saudara beliau itu dan tidak mahu mengakui perkara tersebut selepas ditanya oleh pihak media. Che Ta juga turut memberitahu beliau mempunyai setiap bukti gangguan yang dilakukan oleh Delladellon.