Mengamalkan Perhambaan Moden, Malaysia Berada Dalam Senarai Ke-29

Trending

Mengamalkan Perhambaan Moden, Malaysia Berada Dalam Senarai Ke-29

Malaysia diletakkan di kedudukan 29 daripada 167 negara dalam senarai global perhambaan moden, menurut badan Walk Free Foundation yang berusaha membanteras semua bentuk perhambaan.

Advertisement

Indeks kajian perhambaan global yang dikeluarkan badan berpusat di Australia itu mendapati seramai 128,800 rakyat Malaysia terbabit dalam sistem perhambaan moden ini, lapor FMT.

Indeks tersebut berdasarkan tindakan kerajaan dalam melawan perhambaan moden, dan perkhidmatan sokongan terhadap mangsa.

Ia mendapati beberapa dasar kerajaan dan amalan di banyak negara membantu proses perhambaan.

Senarai itu meletakkan Korea Utara, Uzbekistan, Cambodia, India dan Qatar di tangga teratas negara yang mengamalkan perhambaan.

Laporan itu mendapati 45.8 juta orang di 167 negara terlibat dalam sistem perhambaan moden

Perhambaan moden dirujuk sebagai situasi kebebasan seseorang dirampas pihak lain termasuk kebebasan dalam pekerjaan atau untuk berhenti bekerja.

Mangsa sistem ini diragut dengan ancaman, keganasan, paksaan, salah guna kuasa dan penipuan. Akhirnya, seseorang itu tidak boleh menolak atau meninggalkan situasi dialaminya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...