“Mengalahkan Kami Yang Non-Muslim..” – Marion Caunter Dikritik Netizen Gara-Gara Sambut Perayaan Krismas

Hiburan

“Mengalahkan Kami Yang Non-Muslim..” – Marion Caunter Dikritik Netizen Gara-Gara Sambut Perayaan Krismas

Perkongsian selebriti terkenal, Marion Caunter yang menyambut perayaan Hari Natal di Instagram ternyata telah mengundang pelbagai kritikan dan komen daripada netizen.

Seperti rutin tahunan setiap tahun menjelangnya hari Krismas, Marion sekali lagi dikritik kerana meraikan perayaan yang sinonim dengan mereka yang menganut agama kristian itu.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Marion bersama suami dan anak-anak kelihatan segak bergaya di hadapan pokok krismas bagi tujuan berfoto dan merakam momen bersama.

Dia juga dilihat mengucapkan selamat hari krismas dan selamat bercuti buat mereka yang meraikannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil bertanyakan agama sebenar personaliti TV jelita ini.

Malah, ada yang menyifatkan Marion dan keluarga meraikan Hari Natal melebihi mereka yang bukan Islam.

Mengalahkan kami yang non-Muslim sambut Christmas Eve.

Krismas tak boleh sambut sebagai Muslim, setakat ucap bagi menghormati kepelbagaian cukup laa.

Sekadar info, Marion Caunter telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan syarikat Naza Group, SM Nasarudin pada Disember 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah Liyana didakwa kahwin balik dengan syamsul yusof
2 hours ago

Puteri Sarah Liyana Didakwa Sudah Bernikah Kembali Dengan Syamsul Yusof? - "Hello Suamiku, Tak Ada Pun?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...